Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom

6E. Penggunaan wang Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta

Tatacara

Kewangan 1957

dan

Akta

Kumpulan

Wang

Pembangunan 1966 wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar saraan bagi Ketua Pengarah dan orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam Jabatan

Penerbangan Awam termasuk caruman kepada Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja atau skim lain yang diluluskan oleh Kerajaan berkenaan dengan orang itu;

(b)

membayar kos barang dan perkhidmatan yang diperoleh bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam dan bagi memperoleh harta alih dan harta tak alih yang bersampingan dengan penjalanan kerja dan perkhidmatan menurut Akta ini;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(c)

membayar kepada Akaun Disatukan yang berkenaan dengan cara pembayaran balik berkenaan dengan—

(i)

pencen, ganjaran dan elaun lain yang diberikan di bawah undang-undang pencen kepada

Ketua

Pengarah dan orang lain yang diambil kerja oleh

Kerajaan dalam Jabatan Penerbangan Awam atau orang tanggungan mereka;

(ii)

bunga dan caj lain dan pembayaran balik wang pokok atas pinjaman yang didapatkan dan diuntukkan selepas tarikh yang ditetapkan bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam; dan

(iii)

apa-apa wang yang dikehendaki untuk menyempurnakan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Persekutuan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal berkenaan dengan pengendalian perkhidmatan penerbangan awam;

(d)

pembayaran bagi menyelesaikan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Persekutuan mengenai perkhidmatan penerbangan awam; dan

(e)

pembayaran bagi apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh pihak berkuasa penerbangan awam pada menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa dalam segala hal apa-apa pembayaran yang dibuat oleh pihak berkuasa penerbangan awam antara 1 Januari dalam tahun tarikh yang ditetapkan dengan tarikh sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang akan kena dibuat daripada Kumpulan

Wang di bawah subseksyen ini sekiranya pembayaran itu dibuat pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah diakaunkan dalam Kumpulan Wang.

Penerbangan Awam 27

(2)

Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang boleh dilaburkan mengikut subseksyen 8(3) Akta Tatacara Kewangan 1957.

Report

Bahagian IV

Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules