Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom

6B. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kumpulan Wang Pembangunan” ertinya Kumpulan Wang

Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara

Kewangan 1957 [Akta 61];

“perkhidmatan penerbangan awam”

termasuklah segala perkhidmatan berhubung dengan pelayaran udara dan aerodrom

Kerajaan kecuali bagi maksud pertahanan negara melalui udara dan bagi maksud takrif ini, “aerodrom Kerajaan” tidaklah termasuk mana-mana aerodrom angkatan tentera atau aerodrom mana-mana angkatan yang melawat;

“pihak berkuasa penerbangan awam” ertinya Ketua Pengarah

Penerbangan Awam Malaysia, dan termasuklah seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk menjalankan segala atau mana-mana fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa penerbangan awam di bawah Bahagian ini;

“tarikh perpindahan” ertinya tarikh mana-mana harta ditetapkan di sesuatu lapangan terbang ditetapkan, yang Kerajaan Malaysia berhak

* CATATAN—Bahagian IIIA telah dimasukkan melalui Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1975 [Akta

A282] dan telah berkuat kuasa pada 28-02-1975.

Penerbangan Awam 23

kepadanya, berpindah kepada suatu syarikat menurut kuasa Akta

Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan

(Syarikat Pengendali) 1991 [Akta 467];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 6A dan jika tarikh yang berlainan ditetapkan di bawah seksyen itu bagi bahagian Malaysia yang berlainan, ertinya tarikh yang berkenaan apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa bagi bahagian Malaysia itu.

Report

Bahagian IV

Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules