Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom
6. Menceroboh di aerodrom berlesen atau aerodrom Kerajaan
Feedback & supportSesiapa yang menceroboh mana-mana tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu aerodrom melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit:
Dengan syarat bahawa tiada sesiapa jua boleh disabitkan di bawah seksyen ini melainkan jika dibuktikan bahawa, pada masa yang berkenaan itu, notis yang memberikan amaran kepada penceroboh tentang tanggungan mereka di bawah seksyen ini telah ditampal, supaya mudah dilihat dan dibaca oleh orang awam, di tempat di sempadan atau dekat dengan sempadan aerodrom itu sebagaimana yang patut mengikut pendapat mahkamah.
Sesiapa jua yang merupakan pemunya atau pada masa itu menjadi penjaga binatang peliharaan yang mencerobohi tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu aerodrom melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Apa-apa binatang yang didapati berada di dalam kawasan tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu aerodrom boleh dibinasakan oleh tuan punya aerodrom atau oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya:
Dengan syarat bahawa jika pada masa itu mana-mana binatang itu berada dalam jagaan seseorang, binatang itu tidak boleh dibinasakan melainkan jika orang itu, setelah diminta supaya berbuat demikian, tidak mengeluarkan binatang itu dalam masa yang berpatutan mengikut keadaannya.
(Dipotong oleh Akta A803).
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
BAHAGIAN IIIA
KUMPULAN WANG PENERBANGAN AWAM
*Permulaan kuat kuasa Bahagian IIIA