Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom
6F. Kuasa Menteri Kewangan untuk menetapkan perbelanjaan pembangunan daripada Kumpulan Wang
Feedback & supportMenteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, boleh sebelum atau dalam masa sesuatu tahun kewangan menetapkan amaun maksimum yang hendak dibayar daripada Kumpulan Wang dalam masa tahun kewangan itu berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan bagi perkhidmatan penerbangan awam.