Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom

6D. Wang yang dikehendaki dibayar kepada Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta

Tatacara Kewangan 1957 dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam

Kumpulan Wang—

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan daripada Akaun

Hasil Disatukan bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan daripada

Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan bagi kemajuan dan perkembangan perkhidmatan penerbangan awam;

(c)

segala penerimaan berkenaan dengan apa-apa lesen yang dikeluarkan atau apa-apa kerja atau perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan awam yang telah dibayar atau akan dibayar daripada—

(i)

wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang; atau

(ii)

wang yang diuntukkan kepada pihak berkuasa penerbangan awam selepas tarikh perpindahan berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam;

(d)

wang yang diterima daripada jualan atau pajakan atau sewaan apa-apa harta yang dikawal oleh pihak berkuasa penerbangan awam atau yang diperoleh atau dihasilkan daripada—

(i)

wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang; atau

(ii)

apa-apa wang yang diuntukkan sebelum tarikh yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam;

(e)

bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang;

(f)

wang yang diterima oleh Persekutuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan pelaksanaan apa-apa fungsi atau penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa penerbangan awam oleh

Akta ini; dan

Penerbangan Awam 25

(g)

apa-apa wang lain yang diterima oleh Persekutuan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri

Kewangan untuk dibayar kepada Kumpulan Wang:

Dengan syarat bahawa dalam segala hal apa-apa wang yang diterima oleh pihak berkuasa penerbangan awam antara 1 Januari dalam tahun tarikh yang ditetapkan dengan tarikh sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang akan kena dibayar kepada Kumpulan Wang di bawah subseksyen ini sekiranya wang itu diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah diakaunkan dalam Kumpulan Wang, tertakluk kepada suatu amaun yang tidak melebihi penerimaan bagi tempoh enam bulan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

(2)

Pembayaran wang yang disebut dalam perenggan (1)(a)

dan (b) ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat sebanyak jumlah dan pada masa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan.

Report

Bahagian IV

Pengawalan Galangan yang Berdekatan Dengan Aerodrom

Bahagian V

Tanggungan Kerana Kerosakan yang Disebabkan Oleh Kapal Udara

Bahagian VI

Penahanan Kapal Udara

Bahagian VII

Karaman dan Penyelamatan

Bahagian VIII

Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules