Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom
6L. Mendapatkan wang
Feedback & supportTiap-tiap tahun Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Perbendaharaan melalui Menteri penyata pendapatan dan perbelanjaan yang dianggarkan tentang pengendalian perkhidmatan penerbangan awam bagi tahun kewangan yang berikutnya, jumlah wang tunai yang dikehendaki bagi mengendalikan dan perbelanjaan pembangunan yang akan dilakukan bagi perkhidmatan itu dalam tahun itu dan sumber yang daripadanya wang yang akan dibelanjakan itu dicadangkan hendak didapati. Bagi menyokong penyata itu Ketua
Pengarah hendaklah mengemukakan butir perincian rancangan pembangunan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya dalam tahun kewangan yang berikutnya dan perkara lain yang berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan awam sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbendaharaan.