Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian III · Penubuhan dan Penyenggaraan Aerodrom
6N. Audit
Feedback & supportAkaun perdagangan pihak berkuasa penerbangan awam hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara dan peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah terpakai.
Ketua Pengarah hendaklah, tidak lewat dari 31 Mac dalam tahun yang berikutnya atau dari suatu tarikh yang kemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan menghantar kepada Ketua Audit Negara penyata kewangan akaun perdagangan yang disebut dalam subseksyen (1) yang mengandungi kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata sokongan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbendaharaan.
Penyata yang telah diaudit hendaklah dikemukakan kepada
Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan hendaklah menyebabkan supaya penyata itu dibentangkan di hadapan tiap-tiap satu Majlis
Parlimen.