104. Kehilangan atau kemusnahan perakuan
Feedback & supportJika sesuatu perakuan atau dokumen hakmilik lain bagi syer atau debentur hilang atau musnah, syarikat hendaklah, apabila dibayar suatu fi yang tidak melebihi lima puluh ringgit, mengeluarkan suatu salinan pendua perakuan atau dokumen itu kepada pemilik atas permohonannya.
Jika nilai debentur yang diwakili oleh perakuan atau dokumen itu lebih besar daripada lima ratus ringgit, pengarah syarikat boleh, sebelum menerima suatu permohonan bagi pengeluaran suatu perakuan atau dokumen pendua, menghendaki pemohon—
untuk menyebabkan suatu iklan dimasukkan dalam suatu surat khabar yang diedarkan di tempat yang dinyatakan oleh
Syarikat 145
pengarah yang menyatakan bahawa perakuan atau dokumen itu telah hilang atau musnah dan bahawa pemilik berniat selepas habis tempoh empat belas hari selepas penyiaran iklan itu untuk memohon kepada syarikat bagi mendapatkan suatu pendua; atau
untuk memberikan suatu bon bagi amaun yang sama dengan sekurang-kurangnya nilai pasaran semasa debentur bagi menanggung rugi syarikat terhadap kerugian berikutan dengan pengeluaran perakuan atau dokumen asal, atau boleh menghendaki pemohon untuk melakukan kedua-dua perkara itu.