Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

38. Syarikat berhad menurut jaminan hendaklah mempunyai perlembagaan

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat berhad menurut jaminan hendaklah mempunyai suatu perlembagaan.

(2)

Perlembagaan suatu syarikat berhad menurut jaminan hendaklah ditandatangani oleh orang yang berhasrat untuk memperbadankan syarikat itu dan menyerah simpan dengan Pendaftar pada masa syarikat itu diperbadankan.

(3)

Perlembagaan itu hendaklah menyatakan—

(a)

bahawa syarikat itu ialah syarikat berhad menurut jaminan;

(b)

tujuan syarikat;

(c)

keupayaan, hak, kuasa dan keistimewaan syarikat;

(d)

bilangan anggota syarikat yang dicadangkan untuk diperbadankan;

(e)

perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan; dan

(f)

apa-apa perkara lain yang dihasratkan untuk dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan.

(4)

Mana-mana peruntukan dalam perlembagaan syarikat berhad menurut jaminan yang berupa membahagikan pengusahaan syarikat kepada syer atau kepentingan ialah suatu peruntukan bagi modal syer dan hendaklah terbatal.

(5)

Mana-mana peruntukan dalam perlembagaan syarikat berhad menurut jaminan yang berupa memberikan kepada mana-mana orang hak untuk mengambil bahagian dalam keuntungan boleh bahagi syarikat hendaklah terbatal.

(6)

Suatu perlembagaan yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah mengikat syarikat dan anggotanya

Syarikat 77

pada takat yang sama seolah-olah perlembagaan itu ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada setiap anggota untuk mematuhi semua peruntukan dalam perlembagaan itu.

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules