Seksyen 46
ActIn forceProvision 46 of 159
Seksyen 46
(1)
Sesuatu syarikat hendaklah pada setiap masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua bentuk komunikasi dan notis boleh ditujukan.
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(2)
Pejabat berdaftar itu hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang awam pada waktu biasa perniagaan.
(3)
Pendaftar hendaklah diberitahu tentang apa-apa pertukaran alamat pejabat berdaftar dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.