Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
36. Syarikat boleh mengubah atau meminda perlembagaan
Feedback & supportSesuatu syarikat yang mempunyai perlembagaan boleh, melalui suatu ketetapan khas, mengubah atau meminda perlembagaannya melainkan jika perlembagaan itu sendiri melarang pengubahan atau pindaan itu.
Syarikat 75
Pada tarikh ketetapan khas diluluskan atau suatu tarikh kemudian yang dinyatakan dalam ketetapan itu, apa-apa pengubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah mengikat syarikat dan anggota sewajarnya.
Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pengubahan atau pindaan perlembagaannya dan menyerah simpan suatu salinan perlembagaan sebagaimana yang diubah atau dipinda itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.