Seksyen 37
Mahkamah boleh mengubah atau meminda perlembagaan
Mahkamah boleh, atas permohonan pengarah atau anggota sesuatu syarikat, jika Mahkamah berpuas hati bahawa tidak boleh dilaksanakan untuk mengubah atau meminda perlembagaan syarikat dengan menggunakan tatacara yang dinyatakan dalam Akta ini atau dalam perlembagaan itu sendiri, membuat suatu perintah untuk mengubah dan meminda perlembagaan syarikat mengikut apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(2)
Syarikat hendaklah memastikan bahawa suatu salinan pejabat bagi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) bersama dengan suatu salinan perlembagaan sebagaimana yang diubah atau dipinda itu diserah simpan dengan Pendaftar untuk pendaftaran dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu.
(3)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.