Skip to content

Seksyen 35

Kandungan perlembagaan syarikat

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 35 of 159
Seksyen 35
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, perlembagaan suatu syarikat boleh mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan—

(a)

tujuan syarikat;

(b)

keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan syarikat jika peruntukan itu menyekat keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan sedemikan;

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang hendak dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaannya.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), jika perlembagaan menyatakan tujuan sesuatu syarikat—

(a)

syarikat itu hendaklah disekat daripada menjalankan apa-apa perniagaan atau aktiviti yang tidak terdapat dalam tujuannya; dan

(b)

syarikat hendaklah mempunyai keupayaan dan kuasa sepenuhnya untuk mencapai tujuan itu, melainkan jika perlembagaan memperuntukkan selainnya.