Seksyen 45
Syarikat berhad menurut jaminan
(a)
menyediakan rekreasi atau hiburan;
(b)
menggalakkan perdagangan dan industri;
(c)
menggalakkan seni;
(d)
menggalakkan sains;
(e)
menggalakkan agama;
(f)
menggalakkan kebajikan;
(g)
menggalakkan skim pencen atau persaraan; atau
(h)
menggalakkan apa-apa tujuan lain yang bermanfaat kepada masyarakat atau negara.
(2)
Syarikat berhad menurut jaminan hendaklah—
Syarikat 85
(a)
menggunakan keuntungan atau pendapatannya yang lain dalam mencapai atau menggalakkan tujuannya;
(b)
melarang pembayaran apa-apa dividen kepada anggotanya;
dan
(c)
menghendaki semua aset yang akan selainnya ada pada anggotanya dipindahkan secara amnya atas penggulungannya sama ada—
(i)
kepada badan yang lain yang mempunyai tujuan yang sama dengan tujuannya; atau
(ii)
kepada badan yang lain yang tujuannya adalah untuk menggalakkan kebajikan dan apa-apa perkara yang bersampingan atau kondusif dengan tujuan itu.
(3)
Syarikat berhad menurut jaminan boleh memohon kepada
Menteri bagi mendapatkan suatu lesen untuk meninggalkan perkataan
“Berhad” atau singkatan “Bhd.” daripada namanya.
(4)
Syarikat berhad menurut jaminan tidak boleh memegang tanah melainkan jika suatu lesen telah didapatkan daripada Menteri.
(5)
Bagi maksud meluluskan lesen di bawah seksyen ini, Menteri boleh menetapkan peraturan-peraturan atau mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.