Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

44. Tawaran kepada orang awam

Feedback & support
(1)

Suatu tawaran kepada orang awam yang disebut dalam seksyen 43 termasuk tawaran yang dibuat mengikut apa-apa cara kepada mana-mana golongan orang awam.

(2)

Suatu tawaran tidak dianggap sebagai tawaran kepada orang awam jika tawaran itu—

(a)

tidak dihitung untuk menghasilkan, secara langsung atau tidak langsung, syer atau debentur syarikat yang tersedia kepada orang selain mereka yang menerima tawaran itu; atau

(b)

selainnya menjadi suatu bahagian persendirian bagi orang yang menerima tawaran itu dan orang yang membuat tawaran itu.

(3)

Suatu tawaran hendaklah dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai suatu bahagian persendirian antara orang yang menerima tawaran dengan orang yang membuat tawaran jika—

(a)

tawaran itu dibuat kepada orang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat dan, jika tawaran itu dibuat mengikut terma yang membenarkan orang itu melepaskan haknya, hak

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

itu hanya boleh dilepaskan bagi faedah orang yang lain yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat itu; atau

(b)

tawaran itu ialah suatu tawaran untuk melanggan sekuriti untuk dipegang di bawah suatu skim syer pekerja dan, jika tawaran itu dibuat mengikut terma yang membenarkan orang itu melepaskan haknya, hak itu hanya boleh dilepaskan bagi faedah—

(i)

seorang yang lain yang berhak untuk memegang sekuriti di bawah skim itu; atau

(ii)

seseorang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “orang yang telahpun mempunyai kaitan dengan syarikat” ertinya—

(a)

anggota sedia ada atau pekerja syarikat itu;

(b)

anggota keluarga seseorang yang menjadi atau telah menjadi anggota atau pekerja syarikat itu;

(c)

pemegang debentur sedia ada syarikat itu; atau

(d)

pemegang amanah, yang bertindak atas sifatnya yang sedemikian, bagi suatu amanah yang benefisiari utamanya ialah seorang yang termasuk dalam mana-mana perenggan (a) hingga (c).

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules