Skip to content

Seksyen 48

Pemeriksaan dokumen dan rekod yang disimpan oleh syarikat

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 48 of 159
Seksyen 48
(1)

Apa-apa dokumen dan rekod yang kena disediakan untuk diperiksa di bawah Akta ini, hendaklah tersedia untuk diperiksa oleh mana-mana orang yang berhak untuk memeriksa dokumen dan rekod itu di pejabat berdaftar syarikat atau di mana-mana tempat yang dibenarkan oleh Akta ini.

(2)

Syarikat hendaklah menyediakan kemudahan yang sepatutnya untuk membolehkan dokumen dan rekod itu diperiksa.

(3)

Orang yang berhak di bawah Akta ini untuk memeriksa dokumen dan rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibenarkan untuk membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen dan rekod itu.

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 777