Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

40. Penukaran daripada syarikat tidak berhad kepada syarikat berhad

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, sesuatu syarikat tidak berhad boleh bertukar kepada syarikat berhad melalui kelulusan suatu ketetapan khas dan hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis bagi penukaran dan menyatakan pengubahan namanya yang bersesuaian.

(2)

Apabila notis penukaran itu diserah simpan, Pendaftar hendaklah—

(a)

membuat apa-apa pengendorsan dalam atau pengubahan kepada daftar itu untuk merekodkan penukaran itu; dan 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

mengeluarkan kepada syarikat itu suatu notis penukaran dan membatalkan notis pendaftaran atau perakuan pemerbadanan terdahulu syarikat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Apabila notis penukaran dikeluarkan, Pendaftar boleh memberitahu syarikat secara bertulis bahawa syarikat itu diketepikan daripada menyerah simpan apa-apa dokumen yang telah diserah simpan semasa pemerbadanannya sebagai syarikat tidak berhad atau yang selepas daripada itu.

(4)

Penukaran itu hendaklah berkuat kuasa apabila notis penukaran di bawah subseksyen (2) dikeluarkan dan perlembagaan, jika ada, hendaklah selepas itu diubah mengikut terma ketetapan itu.

(5)

Penukaran sesuatu syarikat di bawah seksyen ini tidaklah—

(a)

menjejaskan identiti syarikat itu atau apa-apa hak atau obligasi syarikat itu; atau

(b)

mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.

(6)

Mana-mana prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat sebelum penukaran itu boleh, walau apa pun penukaran itu, diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat selepas penukaran itu.

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules