Skip to content

Seksyen 55

Pemeriksaan dan penutupan daftar anggota dan indeks

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 55 of 159
Seksyen 55

(2)

Mana-mana anggota atau orang lain boleh meminta kepada syarikat untuk memberikan kepadanya suatu salinan daftar, atau mana-mana bahagian daftar, tetapi hanya setakat yang daftar itu berkaitan dengan nama, alamat, bilangan syer yang dipegang dan amaun yang dibayar ke atas syer, apabila dibayar sebagai pendahuluan sejumlah sepuluh ringgit atau apa-apa jumlah yang lebih kurang yang dikehendaki oleh syarikat bagi tiap-tiap seratus perkataan atau sebahagian daripada daftar yang dikehendaki untuk dibuat salinan dan syarikat itu hendaklah menyebabkan supaya mana-mana salinan yang diminta oleh mana-mana orang dihantar kepada orang itu dalam tempoh dua puluh satu hari atau dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dianggap munasabah oleh Pendaftar bermula dari hari permintaan itu diterima oleh syarikat.

(3)

Syarikat boleh menutup daftar anggota atau mana-mana kelas anggota dengan memberikan sekurang-kurangnya notis empat belas hari kepada Pendaftar.

(4)

Tiada bahagian daftar boleh ditutup bagi tempoh lebih daripada agregat tiga puluh hari dalam mana-mana tahun kalendar.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 95