Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
60A. Pemunya benefisial syarikat
Feedback & support(1)
Seseorang ialah pemunya benefisial bagi suatu syarikat jika orang itu ialah orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau yang mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu syarikat dan termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas sesuatu syarikat.
(2)
Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi suatu syarikat.