Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

60B. Daftar pemunya benefisial syarikat

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap syarikat hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial syarikat itu dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial syarikat itu;

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial syarikat itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pendaftar.

(2)

Daftar pemunya benefisial syarikat hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau mana-mana tempat lain di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada Pendaftar.

(3)

Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial syarikat.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserah simpan dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.

(5)

Syarikat hendaklah memegang simpan maklumat seseorang yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial syarikat itu selama tujuh tahun dari tarikh orang itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserah simpan di bawah subseksyen (3).

(8)

Daftar pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

(9)

Menteri boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial syarikat yang disimpan di pejabat berdaftar sesuatu syarikat

Syarikat 107

itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan

Pendaftar, menetapkan—

(a)

mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(10)

Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan dengan kad pengenalan di bawah

Akta Pendaftaran Negara 1959, nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang itu tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan, butir-butir pasport atau keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada.

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules