Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
12. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Lembaga, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan seorang anggota Lembaga atas apa-apa sebab termasuk yang berikut:
anggota itu tidak hadir dalam tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, dalam hal Pengerusi Eksekutif, tanpa kebenaran Menteri dan dalam hal Timbalan Pengerusi
Eksekutif atau anggota Lembaga lain, tanpa kebenaran
Pengerusi Eksekutif;
anggota itu tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau
anggota itu hilang kelayakan di bawah seksyen 19.
Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu sebab secara bertulis.
Mana-mana anggota Lembaga boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis yang ditujukan kepada
Menteri.