Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna

18. Jawatankuasa Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa yang berikut yang hanya terdiri daripada anggota bukan eksekutif Lembaga yang disebut dalam perenggan 9(2)(c)

dan (d):

(a)

Jawatankuasa Audit dan Risiko; dan

(b)

Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan.

(2)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa lain, dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua namanya digelar, sebagaimana yang Lembaga berpendapat patut atau perlu, yang boleh terdiri daripada mana-mana orang yang berikut sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga:

(a)

mana-mana anggota Lembaga; dan

(b)

mana-mana orang lain.

Undang-Undang Malaysia 28

(3)

Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b), Lembaga hendaklah mengambil kira kejujuran, integriti peribadi, integriti kewangan, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai seorang anggota Jawatankuasa Lembaga itu.

(4)

Fungsi Jawatankuasa Audit dan Risiko yang ditubuhkan menurut perenggan (1)(a) hendaklah termasuk untuk membantu

Lembaga dalam pengawasannya ke atas—

(a)

integriti akaun dan penyata kewangan Suruhanjaya;

(b)

keberkesanan sistem kawalan dalaman Suruhanjaya;

(c)

pelaksanaan fungsi audit dalaman Suruhanjaya;

(d)

pematuhan oleh Suruhanjaya dengan kehendak undang-undang dan pengawalseliaan;

(e)

kajian semula dan pengurusan risiko perusahaan Suruhanjaya;

dan

(f)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(5)

Fungsi Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan yang ditubuhkan menurut perenggan (1)(b) hendaklah termasuk—

(a)

untuk mengesyorkan anggota Lembaga bagi maksud subseksyen 9(3); dan

(b)

untuk bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(6)

Fungsi mana-mana Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan menurut subseksyen (2) hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b) hendaklah—

(a)

pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan

Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan fungsinya; dan

Kredit Pengguna 29

(b)

tidak menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

(8)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b) atas apa-apa sebab termasuk yang berikut:

(a)

orang itu tidak hadir dalam tiga mesyuarat Jawatankuasa

Lembaga secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi

Eksekutif;

(b)

orang itu tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20;

atau

(c)

orang itu hilang kelayakan di bawah seksyen 19.

(9)

Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (8) hendaklah disokong dengan suatu sebab secara bertulis.

(10)

Mana-mana orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b)

boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Lembaga.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules