Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
24. Pelantikan pegawai Suruhanjaya, dsb
Feedback & supportSuruhanjaya boleh dari semasa ke semasa melantik orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, dan hendaklah memegang jawatan mereka atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa-apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga kepada pegawainya dan pekerjanya dan tanggungan mereka.
Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai Suruhanjaya semasa melaksanakan fungsi mereka atau menjalankan kuasa mereka sebagai anggota atau pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574] dan pegawai awam bagi maksud Akta Keterangan 1950.
Kredit Pengguna 33
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis—
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Suruhanjaya; atau
dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi
Eksekutif bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai seorang peguam bela dalam prosiding itu, dan boleh membuat apa-apa kehadiran dan permohonan dan menjalankan semua tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.