Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
10. Pelantikan anggota Lembaga
Feedback & supportSeseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif di bawah perenggan 9(2)(a)
dan (b) hendaklah seseorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengetahuan tentang, atau pengalaman dalam perniagaan, pengurusan syarikat, perlindungan pengguna kredit, produk dan perkhidmatan kewangan atau kredit, undang-undang, ekonomi atau perakaunan.
Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah perenggan 9(2)(d), hendaklah memberi perhatian kepada—
kejujuran, integriti peribadi, integriti kewangan dan reputasi orang itu;
kecekapan dan kebolehan orang itu, termasuk mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan, dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Lembaga; dan
kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Kredit Pengguna 25