Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
13. Saraan dan elaun
Feedback & support(1)
Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan dan apa-apa elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 18(1).
(2)
Anggota bukan eksekutif Lembaga yang disebut dalam perenggan 9(2)(c) dan (d) yang dijemput untuk menyertai apa-apa mesyuarat termasuk suatu mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Undang-Undang Malaysia 26