Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna

8. Kuasa Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau sesuai untuk dilakukan bagi, atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa untuk—

(a)

mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna;

(b)

mengawal selia dan menyelia orang yang menjalankan perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;

Undang-Undang Malaysia 22

(c)

mengenakan fi yang ditetapkan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya;

(d)

memeriksa perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;

(e)

mengenakan penalti monetari di bawah seksyen 106;

(f)

menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan menjalankan semua kuasa penyiasatan mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;

(g)

menentukan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123 mengenai perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;

(h)

menggunakan semua harta alih dan tak alih Suruhanjaya mengikut cara sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan suai manfaat, termasuk mendapatkan dana dengan menggadai janji harta itu;

(i)

menubuhkan dan memberi kuasa kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya bagi maksud melaksanakan apa-apa fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasanya di bawah

Akta ini;

(j)

melantik dan menyara apa-apa ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang disifatkannya patut bagi membantu

Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya;

(k)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga;

(l)

memberi geran, pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan kepada mana-mana orang atas terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(m)

melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.

Kredit Pengguna 23

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules