Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
15. Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan, dsb
Feedback & supportLembaga boleh bertindak walau apa pun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya dan prosidingnya tidak boleh menjadi tak sah oleh sebab—
(a)
ketidakhadiran mana-mana anggota;
(b)
apa-apa kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau keanggotaan Lembaga;
(c)
apa-apa peninggalan, kecacatan atau salah aturan dalam pengadaan atau penjalanan suatu mesyuarat; atau
(d)
kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota Lembaga.
Perwakilan fungsi dan kuasa, dsb.