Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
23. Ketiadaan atau ketidakupayaan Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif
Feedback & support(1)
Semasa ketiadaan Pengerusi Eksekutif atau ketidakupayaan
Pengerusi Eksekutif untuk bertindak atas apa-apa sebab,
Timbalan Pengerusi Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi
Pengerusi Eksekutif.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal apabila
Timbalan Pengerusi Eksekutif itu juga tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang pegawai kanan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga atas syor
Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan hendaklah menjalankan fungsi
Pengerusi Eksekutif.