Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna

9. Lembaga

Feedback & support
(1)

Hendaklah ada suatu Lembaga Suruhanjaya.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi Lembaga;

(c)

seorang anggota yang mewakili setiap yang berikut:

(i)

Kementerian Kewangan;

(ii)

Bank Negara Malaysia;

(iii)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan

(d)

tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.

(3)

Anggota Lembaga termasuk seorang anggota silih ganti bagi mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c)

hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Lembaga.

(4)

Anggota silih ganti itu hendaklah hanya disifatkan sebagai anggota Lembaga apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c).

(5)

Lembaga—

(a)

hendaklah bertanggungjawab bagi, dan mempunyai pemantauan ke atas penjalanan perniagaan dan hal ehwal Suruhanjaya;

(b)

hendaklah bertanggungjawab bagi objektif dasar yang berhubungan dengan industri kredit;

Undang-Undang Malaysia 24

(c)

hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran am dan pengawasan keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya;

(d)

hendaklah bertanggungjawab bagi mengkaji semula dan meluluskan belanjawan dan pelan strategik Suruhanjaya;

dan

(e)

hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(6)

Seorang anggota Lembaga hendaklah—

(a)

pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan

Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan fungsinya; dan

(b)

tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules