Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
26. Kumpulan Wang Suruhanjaya
Feedback & supportSuatu Kumpulan Wang yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Suruhanjaya adalah ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
Undang-Undang Malaysia 34
jumlah wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya, melaksanakan apa-apa fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasanya;
fi atau caj lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya;
penalti yang dibayar kepada Suruhanjaya atau wang yang didapatkan oleh, atau bagi pihak, Suruhanjaya dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan atau diperoleh di bawah Akta ini;
pendanaan yang diterima oleh Suruhanjaya yang tidak termasuk pemberian yang diterima di bawah perenggan 33(2)(a);
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya dan kuasanya; dan
semua wang lain yang secara sah kena dibayar kepada, atau diterima oleh Suruhanjaya.
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang ditanggung secara sah oleh Suruhanjaya termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan dan elaun bagi pegawai-pegawai dan ejen-ejen yang dilantik dan diambil kerja oleh Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, pembiayaan, pendahuluan, pemberian, faedah persaraan, biasiswa, elaun persaraan, elaun atau gratuiti;
membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Kredit Pengguna 35
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam dan faedah yang kena dibayar atasnya; dan
secara amnya membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini untuk menjamin jumlah keseluruhan hasil Suruhanjaya adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan faedah atas modal, dari setahun ke setahun.