Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna
14. Mesyuarat Lembaga
Feedback & support(1)
Lembaga boleh bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya dan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri termasuk tatacara bagi Jawatankuasa Lembaga mengikut amalan tadbir urus yang baik.
(2)
Lembaga boleh menjemput mana-mana orang yang bukan seorang anggota Lembaga untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Lembaga tentang apa-apa perkara yang dibincangkan.