Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya Kredit Pengguna

33. Suruhanjaya boleh menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau menyertai mana-mana pertubuhan perbadanan bagi maksud melindungi kepentingan awam atau pengguna kredit atau bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Suruhanjaya boleh—

(a)

menerima suatu pemberian atau sumbangan;

(b)

membuat suatu pemberian atau sumbangan; atau

(c)

menyediakan apa-apa bentuk bantuan lain, bagi penubuhan atau pengendalian pertubuhan perbadanan itu di bawah subseksyen (1).

(3)

Wang yang diterima di bawah perenggan (2)(a) hendaklah disimpan dalam suatu akaun amanah yang ditetapkan.

(4)

Suruhanjaya hendaklah membayar wang di dalam akaun amanah yang ditetapkan itu kepada orang yang berhak mengikut maksud yang baginya wang itu diterima oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 38

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules