Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi ialah hak mutlak mengawal dalam Malaysia pengeluaran ulangan langsung atau tidak langsung kesemua atau sebahagian matan rakaman itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenali sebagai didapati daripada yang asalnya:
Dengan syarat bahawa peruntukan-peruntukan perenggan (a), (f), (g), (j), (k) dan (n) mengenai syarat bagi seksyen-kecil (1) seksyen 8 Akta ini hendaklah dipakai bagi hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi sama seperti peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau mengenai filem wayang gambar.