Malaysia legislation

Section 15

of AKTA HAKCIPTA 1969

Seksyen 15

(a)

membuat untuk jualan atau sewaan apa-apa salinan pelanggar; atau

(b)

menjual, menyewakan atau sebagai dagangan mendedahkan atau menawar untuk jualan atau sewaan apa-apa salinan pelanggar; atau

(c)

mengedarkan salinan-salinan pelanggar; atau

(d)

memiliki, bagi apa-apa jua kegunaan melainkan bagi kegunaan persendirian dan rumahtangganya, apa-apa salinan pelanggar; atau

(e)

sebagai dagangan menunjukkan kepada awam apa-apa salinan pelanggar; atau

(f)

mengimport ke dalam Malaysia, bagi apa-apa jua kegunaan melainkan bagi kegunaan persendirian dan rumahtangganya, apa-apa salinan pelanggar; atau

(g)

membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar, maka orang itu adalah, melainkan jika ia membuktikan bahawa ia telah bertindak dengan suci hati dan tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi menjangka bahawa hakcipta akan atau mungkin dengan demikian itu dilanggar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, bolehlah dikenakan—

(i)

mengenai sesuatu kesalahan di bawah perenggan (a), (b), (c), (d), (e) atau (f) seksyen-kecil ini, denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap satu salinan pelanggar yang bersabit dengan kesalahan itu atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana yang kurang, atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun, atau kedua-duanya penjara dan denda; dan

(ii)

mengenai sesuatu kesalahan di bawah perenggan $(g)$ seksyen-kecil ini, denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap satu perekaan yang bersabit dengan kesalahan itu atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun atau kedua-duanya penjara dan denda.

(2)

Mahkamah yang membicarakan seseorang dituduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen-kecil akhir di atas boleh pada akhir pembicaraan, sama ada pensalah yang dikatakan itu disabitkan atau tidak, memerintahkan bahawa mana-mana salinan pelanggar (dan apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan-salinan pelanggar atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar) yang ada dalam milik pensalah yang dikatakan itu atau yang ada di hadapan mahkamah hendaklah dibinasakan, diserahkan kepada pemunya pertama hakcipta yang berkenaan itu, penerima pemberian haknya, atau pemegang lesen mutlaknya, mengikut mana yang berkenaan, atau diurus dengan apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(3)

Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan yang diperbadankan atau oleh seorang iaitu seorang kongsi suatu firma, maka tiap-tiap orang pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan yang diperbadankan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, tiap-tiap orang kongsi firma itu yang lain hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu melainkan iika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuan atau setahunya dan bahawa ia telah menialankan segala usaha yang sepatutnva untuk mengelakkan kesalahan itu daripada dilakukan.

(4)

Jika maklumat diberi atas sumpah kepada manamana mejistret menyatakan bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengsyaki adanya dalam manamana rumah, premises, perahuan atau tempat lain apaapa salinan pelanggar (atau apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan-salinan pelanggar atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar) yang dengannya atau berhubung dengannya apa-apa kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini telah dilakukan, mejistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana pegawai polis yang dinamakan atau dirujuk dalam waran itu boleh memasuki rumah, premises, perahuan atau tempat lain itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang dan mencari serta mengambil apa-apa salinan atau perekaan itu; dan jika sesuatu salinan atau perekaan diambil di bawah seksyen-kecil ini berhubung dengan suatu kesalahan dan—

(a)

dalam pembicaraan yang dibawa di bawah seksyen ini berhubung dengan kesalahan itu tiada apa-apa perintah dibuat di bawah seksyen-kecil (2) seksyen ini tentang salinan atau perekaan itu; atau

(b)

tiada apa-apa pembicaraan seperti itu dimulakan dalam tempoh enam bulan selepas pengambilan itu, salinan atau perekaan itu hendaklah dipulangkan kepada orang yang memilikinya pada masa ia diambil itu atau, jika sekiranya didapati tidak munasabah dan praktik memulangkannya kepada orang itu, hendaklah diselenggarakan mengikut undang-undang yang mengawal penyelenggaraan harta yang hilang atau yang tidak dituntut yang ada dalam tangan pihak berkuasa polis.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, "salinan pelanggar" ertinya sesuatu barang yang sekiranya dibuat dalam Malaysia menjadi suatu perlanggaran terhadap hakcipta di bawah Akta ini, dan sekiranya dibuat di luar Malaysia akan menjadi suatu perlanggaran terhadap hakcipta di bawah Akta ini jika pembuatan barang itu berlaku dalam Malaysia.

(6)

Bagi maksud perenggan (d) dan (f) seksyen-kecil (1) seseorang yang ada dalam miliknya tiga atau lebih salinan pelanggar hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai memiliki atau mengimpot salinan-salinan itu bagi apa-apa jua kegunaan lain daripada bagi kegunaan persendirian dan rumahtangga.