Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Sesuatu pemberian hak atau pemberian berwasiat akan hakcipta boleh dihadkan untuk dipakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang pemunya hakcipta itu ada hak mutlak mengawalnya, atau bagi sebahagian tempoh hakcipta itu sahaja atau bagi sesebuah negeri atau kawasan dunia tertentu.
(3)
Tiada apa-apa pemberian hak akan hakcipta dan tiada apa-apa lesen mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh berkuatkuasa kecuali dengan bertulis.
(4)
Sesuatu lesen bukan mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh diberi dengan bertulis atau dengan lisan, atau boleh difahamkan daripada kelakuan sebagai diberi.
(5)
Pemberian hak atau lesen yang dibenarkan oleh seorang pemunya hakcipta hendaklah berkuatkuasa seolah-olah diberi oleh pemunya-pemunya bersamanya juga, dan, tertakluk kepada kontrak antara mereka, bayaran yang diterima oleh pemberi itu hendaklah dibahagi-bahagi mengikut equiti antara kesemua pemunya bersama itu. Bagi maksud seksyen-kecil ini orang-orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya bersama—
(a)
jika mereka berkongsi mempunyai kepentingan bersama dalam kesemua atau sebahagian sesuatu hakcipta; atau
(b)
jika mereka mempunyai kepentingan dalam berbagai-bagai hakcipta dalam suatu keluaran gabungan, iaitu, suatu keluaran mengandungi dua karya atau lebih.
(6)
Sesuatu pemberian hak, lesen atau pemberian berwasiat boleh dibenarkan atau dibuat dengan berkesan mengenai sesuatu karya yang akan datang, atau sesuatu karya yang wujud yang hakcipta mengenainya belum lagi wujud, dan hakcipta yang dijangka mengenai karya itu bolehlah berpindah menurut kuasa undang-undang sebagai harta boleh dialih.
(7)
Sesuatu pemberian berwasiat akan manuskrip hendaklah, melainkan jika selainnya diperuntukkan oleh wasiat itu, disifatkan sebagai termasuk apa-apa hakcipta atau hakcipta yang dijangka mengenai karya itu yang terletakhak pada si mati.