Seksyen 9
Seksyen 9
Jika pemunya hakcipta sesuatu karya sastera, muzik atau seni membenarkan seseorang memuatkan karya itu dalam sesuatu filem wayang gambar dan sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan filem itu, maka hendaklah, jika sekiranya tiada apa-apa persetujuan nyata yang berlawanan di antara pemunya itu dengan orang itu, disifatkan bahawa pemunya hakcipta itu telah membenarkan siaran itu.
(2)
Walau apa pun peruntukan seksyen-kecil (1) seksyen ini, jika sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan sesuatu filem wayang gambar dalam mana suatu karya muzik dimuatkan dalamnya, pemunya hak bagi menyiarkan karya muzik itu adalah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, berhak menerima pampasan yang patut daripada perkhidmatan penyiaran itu.
(3)
Jika sekiranya tiada apa-apa persetujuan atas pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen-kecil yang akhir di atas, maka banyaknya pampasan itu hendaklah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak yang dilantik di bawah seksyen 16 Akta ini.