Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Perlanggaran terhadap hakcipta juga berlaku apabila, dengan tiada lesen pemunya hakcipta itu, seseorang mengimpot ke dalam Malaysia bagi apa-apa kegunaan yang lain daripada kegunaan sendirian atau rumahtangganya, atau membahagi-bahagikan dalam Malaysia sebagai dagangan, sewaan atau lain-lain, atau sebagai dagangan menunjukkan kepada awam, apa-apa barang yang perlanggaran terhadap hakcipta mengenainya berlaku di bawah seksyen-kecil akhir di atas.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, perlanggaran terhadap hakcipta boleh diambil tindakan atas guaman pemunya hakcipta itu; dan dalam mana-mana tindakan kerana sesuatu perlanggaran seperti itu, segala pemulihan, sebagai ganti rosak, injanksyen, akaun atau lain-lain, hendaklah diadakan bagi pihak menuntut sebagaimana pemulihan diadakan dalam mana-mana pembicaraan yang seumpamanya mengenai perlanggaran terhadap hak kepunyaan.
(4)
Jika dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran terhadap hakcipta ada dibuktikan atau diakui—
(a)
bahawa suatu perlanggaran telah dilakukan, akan tetapi
(b)
bahawa pada masa perlanggaran itu pihak kena tuntut tidak mengetahui, dan tidak ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengsyaki, bahawa hakcipta mengenai karya yang berkaitan dengan tindakan itu telah wujud, maka pihak menuntut tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rosak terhadap pihak kena tuntut mengenai perlanggaran itu, akan tetapi ia adalah berhak mendapat suatu akaun keuntungan mengenai perlanggaran itu sama ada apa-apa pemulihan lain diberi di bawah seksyen ini atau tidak.
(5)
Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini, suatu perlanggaran terhadap hakcipta dibuktikan atau diakui, dan mahkamah, memandang (selain daripada semua hal pertimbangan matan yang lain) kepada—
(a)
nyatanya perlanggaran itu; dan
(b)
apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai terkumpul kepada pihak kena tuntut oleh sebab perlanggaran itu, berpuas hati bahawa pemulihan yang berkesan tidak boleh dapat diadakan bagi pihak menuntut dengan apa-apa jalan lain, mahkamah, pada mentaksir ganti rosak kerana perlanggaran itu, adalah berkuasa memutuskan diberi apa-apa ganti rosak tambahan di bawah kuasa seksyen-kecil ini sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah dalam hal keadaan itu.
(6)
Tiada apa-apa injanksyen kerana perlanggaran terhadap hakcipta boleh dikeluarkan dalam manamana pembicaraan menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau bangunan yang sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan.
(7)
Dalam seksyen ini—
“tindakan” termasuklah tuntutan balas, dan rujukan mengenai pihak menuntut dan mengenai pihak kena tuntut dalam sesuatu tindakan hendaklah diertikan sewajarnya;
"mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan dalam Malaysia;
"pemunya hakcipta" ertinya pemunya pertama, seorang penerima pemberian hak atau seorang pemegang lesen mutlak, mengikut mana yang berkenaan, bagi bahagian hakcipta yang berkaitan itu.