Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Sesuatu lesen boleh diberi atas permohonan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) mengenai sesuatu karya hanya jika—
(a)
terjemahan bagi karya itu dalam Bahasa Kebangsaan belum lagi diterbitkan oleh pemunya hakcipta mengenai karya itu (atau oleh sesiapa jua yang diberi kuasa olehnya) dalam masa tujuh tahun selepas penerbitan pertama karya itu, atau jika terjemahan bagi karya itu telah diterbitkan, terjemahan baginya sudah habis dijual; dan
(b)
pemohon telah meminta tetapi tidak diberi kebenaran oleh pemunya hak itu bagi mengeluar dan menerbitkan terjemahan itu atau, selepas menjalankan usaha yang sepatutnya, tidak dapat mencari pemunya tersebut; dan
(c)
pemohon, jika ia tidak dapat mencari pemunya hak terjemahan itu, telah tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonannya menghantar kepada penerbit yang namanya terpadat pada karya itu satu salinan permintaan untuk mendapat kebenaran membuat terjemahannya; dan
(d)
pemohon, jika kerakyatan pemunya hak terjemahan itu diketahui, telah menghantar satu salinan permintaannya untuk mendapat terjemahan itu kepada wakil diplomat atau konsol bagi Negeri yang mana pemunya itu adalah seorang rakyatnya, atau kepada pertubuhan yang mungkin telah ditentukan oleh kerajaan negara itu; dan
(e)
pihak berkuasa yang layak itu berpuas hati bahawa—
(i)
pemohon itu berupaya mengeluar dan menerbitkan terjemahan yang betul bagi karya itu dan berkemampuan membayar royalti yang kena dibayar di bawah seksyen ini kepada pemunya hak terjemahan itu; dan
(ii)
pemohon menyanggup supaya tajuk asal dan nama pencipta karya itu dicetak pada semua salinan terjemahan yang diterbitkan; dan
(f)
pencipta karya itu telah tidak menarik balik karya itu daripada peredaran; dan
(g)
peluang untuk didengar mula-mulanya diberi, jika praktik, kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu.