Seksyen 7
Seksyen 7
Hakcipta hendaklah diberi menurut seksyen ini kepada tiap-tiap karya yang layak mendapat hakcipta dan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan atau mana-mana badan antarabangsa atau pertubuhan kerajaan lain sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Hakcipta yang diberi menurut seksyen ini kepada sesuatu karya sastera, muzik atau seni, kecuali gambarfoto, hendaklah wujud sehingga akhir habis tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun karya itu pertama kali diterbitkan.
(3)
Hakcipta yang diberi menurut seksyen ini kepada sesuatu filem, gambarfoto, rakaman bunyi atau siaran hendaklah mempunyai tempoh sama seperti diperuntukkan oleh seksyen 5 Akta ini bagi karya yang sama jenisnya.
(4)
Seksyen 5 dan 6 Akta ini tidak boleh diertikan sebagai memberi hakcipta kepada karya-karya yang dikawal oleh seksyen ini.