Malaysia legislation

Section 11

of AKTA HAKCIPTA 1969

Seksyen 11

Hakcipta mengenai sesuatu siaran ialah hak mutlak mengawal perlakuan dalam Malaysia mana-mana perbuatan berikut, iaitu, perakaman, pengeluaran ulangan dan penyiaran ulangan kesemua atau sebahagian matan siaran itu dan juga penyampaian kepada awam, di tempat di mana bayaran masuk dikenakan, kesemua atau sebahagian matan sesuatu siaran talivisyen, sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenali sebagai didapati daripada yang asalnya:

(1)

peruntukan-peruntukan perenggan (a), (g), (j), (n) dan (q) mengenai syarat bagi seksyen-kecil (1) seksyen 8 Akta ini hendaklah dipakai bagi hakcipta mengenai siaran sama seperti peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau filem wayang gambar;

(b)

hakcipta mengenai siaran talivisyen adalah termasuk hak mengawal pengambilan gambarfoto tak bergerak siaran-siaran itu.