/akn/my/act/act/1969/10

AKTA HAKCIPTA 1969

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
Repealed
Enacted
1969
Sections
25
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA HAKCIPTA 1969 is Malaysia Act, cited as Act 10 1969, currently marked repealed and first recorded in 1969.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menyemak dan menyatukan undangundang berkenaan dengan hakcipta. [1hb Ogos 1969] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta, dan tarikh-tarikh yang berlainan boleh ditetapkan sedemikian bagi peruntukan-peruntukan Akta ini yang berlainan.

Suggest a correction

(4)

Akta ini hendaklah dipakai berkenaan dengan karya yang dibuat sebelum Akta ini mula berkuatkuasa sebagaimana ia dipakai berkenaan dengan karya yang dibuat kemudiannya.

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

berkenaan dengan sesuatu karya sastera, naskah karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya sastera itu ditukar menjadi karya drama;

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan sesuatu karya drama, naskah karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya drama itu ditukar menjadi karya sastera;

Suggest a correction

(c)

berkenaan dengan sesuatu karya sastera atau karya drama—

Suggest a correction

(i)

terjemahan bagi karya itu;

(ii)

naskah karya itu dalam mana cerita atau gerak-geri disampaikan kesemua atau sebahagian besarnya melalui gambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk keluaran ulangan dalam buku, akhbar, majalah atau berkala yang seumpamanya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

berkenaan dengan sesuatu karya muzik, susunan atau tulisan karya itu;

"karya seni" ertinya, dengan tidak mengira mutu seni, mana-mana yang berikut, atau karya-karya yang seumpamanya—

Suggest a correction

(v)

karya senibina dalam bentuk bangunan atau model; dan

(vi)

karya pertukangan seni, termasuk tenunan halus bergambar dan barang-barang pertukangan tangan dan seni perusahaan;

"pencipta" ertinya, mengenai sesuatu filem wayang gambar atau, rakaman bunyi, orang yang menguruskan pembuatan filem atau rakaman itu, atau, mengenai sesuatu siaran yang dipancar dari dalam mana-mana negeri, orang yang menguruskan pemancaran itu dari dalam negeri itu; dan mengenai apa-apa lain, orang yang dirujuk dalam seksyen 12 Akta ini;

"siaran" ertinya siaran radio dan/atau talivisyen melalui taligraf wayarles atau wayar atau kedua-duanya dan termasuk siaran ulangan, dan "penyiaran" hendaklah diertikan sewajarnya;

"perkhidmatan penyiaran" ertinya mana-mana perkhidmatan siaran radio dan/atau talivisyen yang dikendali di bawah arahan dan kawalan am Kerajaan atau yang diberi lesen oleh Kerajaan di mana-mana bahagian Malaysia;

"bangunan" termasuklah apa-apa binaan;

"filem wayang gambar" ertinya penetapan pertama apa-apa siri benda pandangan pada bahan-bahan dari apa-apa jenis (sama ada lutcahaya atau tidak) supaya boleh, dengan menggunakan bahan itu—

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dirakamkan pada bahan-bahan lain (sama ada lutcahaya atau tidak) supaya dengan menggunakan bahan itu ia boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi-bunyi yang terkandung dalam apa-apa alur-bunyi berkaitan dengan filem wayang gambar;

"warganegara" termasuklah seseorang, yang sekiranya masih hidup pada hari yang berkaitan, mungkin layak menjadi warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan; dan "hari berkaitan", mengenai Malaysia Barat, ertinya Hari Merdeka dan, mengenai Malaysia Timur, Hari Malaysia;

“penyampaian kepada awam” termasuklah, selain daripada apa-apa pertunjukan atau penghantaran cara langsung, apa-apa cara persembahan pandangan atau bunyian, tetapi tidak termasuk sesuatu siaran atau siaran ulangan, dan “menyampaikan kepada awam” hendaklah diertikan sewajarnya;

"salinan" ertinya keluaran ulangan sesuatu karya dalam bentuk bertulis, dalam bentuk rakaman atau bentuk filem wayang gambar, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"hakcipta" ertinya hakcipta di bawah Akta ini;

"yayasan pelajaran" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah peruntukan-peruntukan Akta Pelajaran 1961;

"hakcipta yang akan datang" ertinya hakcipta yang akan atau mungkin wujud mengenai apa-apa karya atau kelas karya atau hal perkara lain pada masa yang akan datang, atau apabila mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuatkuasa, atau dalam sesuatu peristiwa yang akan datang;

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan bagi sesebuah Negeri dalam Malaysia, mengikut mana yang berkenaan;

"lesen" ertinya lesen yang diberi dengan sahnya membenarkan pelakuan sesuatu perbuatan yang dikawal oleh hakcipta;

"karya sastera" ertinya, dengan tidak mengira mutu sastera, mana-mana yang berikut, atau karya-karya yang seumpamanya:

Suggest a correction

(b)

lakunan, arahan-arahan pentas,lakunan filem dan skrip siaran;

Suggest a correction

(c)

buku teks, buku ilmiah, sejarah, riwayat hidup, karangan dan makalah;

Suggest a correction

(f)

syarahan, ucapan dan khutbah, tetapi tidak termasuk teks rasmi dari jenis perundangan, pentadbiran dan undang-undang atau terjemahan rasmi teks itu;

"manuskrip" berkenaan dengan sesuatu karya, ertinya suratan asal mengandungi karya itu, sama ada ditulis dengan tangan atau tidak;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan perindustrian;

"karya muzik" ertinya mana-mana karya muzik, dengan tidak mengira mutu muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk disertai dengan muzik;

"gambarfoto" ertinya apa-apa keluaran gambarfoto atau dari apa-apa proses yang seakan-akan sama dengan gambarfoto (kecuali sebahagian filem wayang gambar);

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

"siaran ulangan" ertinya siaran serentak atau siaran kemudian oleh satu perkhidmatan penyiaran akan siaran suatu perkhidmatan penyiaran lain, sama ada terletak dalam Malaysia atau di luar negeri, dan termasuklah penyibaran siaran itu melalui wayar, dan "penyiaran ulangan" hendaklah diertikan sewajarnya;

“keluaran ulangan” ertinya pembuatan satu salinan atau lebih dan termasuklah, mengenai sesuatu karya seni, naskah yang dikeluarkan dengan menukar karya itu kepada suatu bentuk tiga-dimensa atau, jika karya itu dalam bentuk tiga dimensa, dengan menukarkannya kepada bentuk dua-dimensa, dan rujukan mengenai “mengeluar-ulang” sesuatu karya hendaklah diertikan sewajarnya;

"rakaman bunyi" ertinya penetapan pertama sesuatu siri bunyi yang boleh didengar secara langsung dan dikeluar-ulang, tetapi tidak termasuk sesuatu alur-bunyi berkaitan dengan filem wayang gambar;

"karya" termasuklah terjemahan, penyesuaian, naskah baru atau susunan karya yang wujud, dan antoloji atau kumpulan karya yang, oleh kerana pemilihan dan penyusunan tentang isinya, merupakan suatu watak asal;

"karya penciptaan bersama" ertinya karya yang dikeluarkan dengan kerjasama dua orang pencipta atau lebih, dalam mana sumbangan tiap-tiap seorang pencipta itu tidak terpisah daripada sumbangan pencipta atau pencipta-pencipta yang lain itu.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah dipakai mengenai terbitan—

(a)

sesuatu karya hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan jika satu atau beberapa salinannya telah diadakan dengan persetujuan penciptanya secara yang cukup untuk memenuhi kehendak-kehendak awam, yang berpatutan;

Suggest a correction

(b)

jika pada mula-mulanya hanya sebahagian daripada sesuatu karya sahaja diterbitkan, maka bahagian itu hendaklah bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu karya berasingan;

Suggest a correction

(c)

sesuatu terbitan dalam mana-mana negeri tidak boleh disifatkan sebagai suatu terbitan yang lain daripada terbitan pertama semata-mata oleh sebab adanya suatu terbitan yang lebih awal di sesuatu tempat lain, jika kedua-dua buah terbitan itu diterbitkan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh hari.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada Akta ini, tiada apa-apa hakcipta boleh wujud kecuali dengan menurut kuasa Akta ini.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Karya sastera, muzik atau seni tidak layak mendapat hakcipta melainkan—

(a)

usaha-usaha telah dijalankan dengan cukupnya bagi membuat karya itu hingga merupakan suatu watak asal; dan

Suggest a correction

(b)

karya itu telah dituliskan, dirakam atau dijadikan bentuk bahan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sesuatu karya tidak hilang kelayakan mendapat hakcipta semata-mata oleh sebab pembuatan karya itu, atau perlakuan apa-apa perbuatan mengenai karya itu telah melibatkan perlanggaran terhadap hakcipta mengenai sesuatu karya lain.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Warganegara Malaysia atau seorang yang tinggal tetap dalam Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

sebuah pertubuhan yang diperbadankan yang didirikan dan diberi taraf di sisi undang-undang sebagai seorang manusia di bawah undang-undang Malaysia dan ditubuhkan dalam Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Tempoh bagi hakcipta yang diberi oleh seksyen ini hendaklah dikira mengikut susunan yang berikut—

Jenis Karya

Tarikh Habis Tempoh Hakcipta

(i)

Karya sastera, muzik atau seni kecuali gambar foto

Dua puluh lima tahun selepas akhir tahun bila penciptanya mati.

(ii)

Filem wayang gambar dan gambarfoto

Dua puluh lima tahun selepas akhir tahun bilakarya itu pertama kali diterbitkan.

Suggest a correction

(iii)

Rakaman bunyi

Dua puluh tahun selepas akhir tahun bila rakaman itu dibuat.

Suggest a correction

(iv)

Siaran ... ...

Dua puluh tahun selepas akhir tahun bila siaran itu berlaku.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Berkenaan dengan karya sastera, muzik atau seni bersembunyi nama atau bernama samaran, hakcipta mengenainya hendaklah habis tempohnya dua puluh lima tahun selepas akhir tahun bila karya itu pertama kali diterbitkan, akan tetapi tidak lewat daripada akhir tahun bila penciptanya dianggap dengan munasabah sebagai telah mati selama dua puluh lima tahun:

Dengan syarat bahawa jika pengenalan mengenai penciptanya dapat diketahui maka tempoh bagi hakcipta itu hendaklah dikira mengikut peruntukanperuntukan perenggan (i) seksyen-kecil yang akhir diatas.

(b)

sebagai karya senibina, dibina dalam Malaysia atau sebagai suatu karya seni lain, dimuatkan dalam sesebuah bangunan yang terletak dalam Malaysia;

Suggest a correction

(a)

sebagai karya sastera, karya muzik atau karya seni atau filem wayang gambar, diterbitkan pertama kali dalam Malaysia;

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Berkenaan dengan sesuatu karya penciptaan bersama, rujukan dalam susunan di atas mengenai kematian pencipta hendaklah dianggap sebagai rujukan mengenai pencipta yang mati akhir sekali, sama ada ia seorang yang berkelayakan atau tidak.

(c)

sebagai rakaman bunyi, dibuat dalam Malaysia; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(d)

sebagai siaran, dipancarkan dari Malaysia dan hakcipta mengenainya tidak diberi di bawah seksyen 5 Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Hakcipta yang diberi kepada sesuatu karya menurut seksyen ini hendaklah mempunyai tempoh sama seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 5 Akta ini bagi karya yang sama jenisnya.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hakcipta yang diberi menurut seksyen ini kepada sesuatu karya sastera, muzik atau seni, kecuali gambarfoto, hendaklah wujud sehingga akhir habis tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun karya itu pertama kali diterbitkan.

Suggest a correction

(3)

Hakcipta yang diberi menurut seksyen ini kepada sesuatu filem, gambarfoto, rakaman bunyi atau siaran hendaklah mempunyai tempoh sama seperti diperuntukkan oleh seksyen 5 Akta ini bagi karya yang sama jenisnya.

Suggest a correction

(4)

Seksyen 5 dan 6 Akta ini tidak boleh diertikan sebagai memberi hakcipta kepada karya-karya yang dikawal oleh seksyen ini.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

perlakuan mana-mana perbuatan tersebut di atas sebagai urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan, penggunaan sendirian, kritikan atau ulangkaji, atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, maka penggunaan itu hendaklah disertai dengan pengakuan akan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara bersampingan dalam sesuatu siaran;

Suggest a correction

(b)

perlakuan mana-mana perbuatan tersebut di atas sebagai parodi, pastiche, atau karikatur;

Suggest a correction

(c)

pemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

Suggest a correction

(d)

pengeluaran ulangan dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

Suggest a correction

(e)

pemasukan secara bersampingan sesuatu karya seni dalam sesuatu filem atau siaran;

Suggest a correction

(f)

pemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, penyampaian kepada awam, kumpulan karya sastera atau muzik, rakaman bunyi, atau filem jika pemasukan itu dibuat sebagai gambaran bagi maksud mengajar dan bersesuaian pula dengan amalan yang wajar dan dengan syarat bahawa puncanya hendaklah disebut dan juga nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu;

Suggest a correction

(g)

perakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau yayasan pelajaran mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau yayasan pelajaran itu;

Suggest a correction

(h)

pembuatan rakaman bunyi mengenai karya sastera atau muzik, serta pengeluaran ulangan rakaman bunyi itu oleh pembuat tersebut atau dengan mendapat lesen daripadanya, dengan syarat bahawa salinan-salinannya adalah dimaksudkan untuk jualan runcit dalam Malaysia dan bahawa karya itu sudah pun dahulunya dirakamkan dengan mendapat lesen daripada pemunya hakcipta bagi bahagian yang berkaitan itu, sama ada dalam Malaysia atau di luar negeri, tertakluk kepada apa-apa syarat dan kepada pembayaran apa-apa pampasan yang ditetapkan oleh Menteri;

Suggest a correction

(i)

pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang berpatutan dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan pengakuan yang cukup;

Suggest a correction

(j)

apa-apa kegunaan yang dilakukan atas sesuatu karya, dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh mana-mana perpustakaan awam dan yayasan pelajaran dan ilmiah yang ditetapkan oleh Arkib Negara atau Arkib Negeri bagi mana-mana Negeri dalam Malaysia, di mana kegunaan itu adalah untuk kepentingan awam, bersesuaian dengan amalan yang wajar serta peruntukan peraturan-peraturan, jika ada, tiada apa-apa keuntungan didapati daripadanya dan tiada apa-apa bayaran masuk dikenakan bagi menyampaikan, kalaulah ada disampaikan, karya yang digunakan itu kepada awam;

Suggest a correction

(k)

pengeluaran ulangan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan sesuatu perkhidmatan penyiaran jika pengeluaran ulangan itu atau mana-mana salinannya dimaksudkan semata-mata untuk siaran yang sah dan pengeluaran ulangan atau salinansalinannya itu dibinasakan sebelum akhir tempoh enam bulan kalendar selepas daripada pengeluaran ulangan itu dibuat atau selepas sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui di antara perkhidmatan penyiaran dengan pemunya hakcipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa keluaran ulangan sesuatu karya yang dibuat di bawah perenggan ini boleh, jika keluaran ulangan itu dari jenis suratan yang terkecuali, disimpan dalam arkib perkhidmatan penyiaran itu, yang mana dengan ini dinamakan arkib rasmi bagi maksud itu, tetapi dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, keluaran ulangan itu tidak boleh digunakan untuk penyiaran atau bagi apa-apa maksud lain dengan tiada persetujuan pemunya hakcipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu;

Suggest a correction

(l)

penyiaran sesuatu karya yang sudah diterbitkan, yang tidak bersabit dengan badan pelesen yang dirujuk di bawah seksyen 16 Akta ini, tertakluk kepada syarat bahawa, dengan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen ini, pemunya hak penyiaran mengenai karya itu mendapat suatu pampasan yang patut yang ditetapkan, sekiranya tiada apa-apa perjanjian, oleh pihak berkuasa yang layak yang dilantik di bawah seksyen 16 Akta ini;

Suggest a correction

(m)

penyampaian sesuatu karya kepada awam di tempat di mana tiada apa-apa bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian itu oleh manamana kelab yang tidak bertujuan mendapat keuntungan;

Suggest a correction

(n)

apa-apa kegunaan yang dilakukan atas sesuatu karya bagi maksud pembicaraan kehakiman atau apa-apa laporan mengenai pembicaraan itu;

Suggest a correction

(o)

petikan-petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan-petikan itu bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan dengan maksudnya, termasuk petikan-petikan dari makalah-makalah akhbar dan berkala dalam bentuk ringkasan akhbar, dengan syarat bahawa punca petikan-petikan itu hendaklah disebut dan juga nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu;

Suggest a correction

(p)

pengeluaran ulangan oleh akhbar dan pemasukan dalam sesuatu siaran atau sesuatu penyampaian kepada awam akan makalah-makalah yang sudah diterbitkan dalam akhbar-akhbar atau berkala-kala mengenai hal perkara ekonomi, politik atau ugama pada masa itu, jika pengeluaran ulangan atau pemasukan itu tidak dipertahan dengan nyatanya dan dengan syarat bahawa punca makalah-makalah itu dinyatakan dengan jelas;

Suggest a correction

(q)

pengeluaran ulangan oleh akhbar, penyiaran dan penyampaian kepada awam akan syarahansyarahan, ucapan dan karya-karya lain darijenis yang sama yang disampaikan kepadaawam, jika penggunaan seperti itu berpatutanbagi maksud permakluman, dan tidak dipertahan dengan nyatanya.

Suggest a correction

(2)

Hakcipta mengenai sesuatu karya senibina adalah juga termasuk hak mutlak mengawal pembinaan apa-apa bangunan yang mengeluar-ulang kesemua atau sebahagian matan karya itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil dari yang asalnya:

Dengan syarat bahawa hakcipta mengenai manamana karya itu tidak termasuk hak mengawal pembinaan semula sesebuah bangunan yang berkenaan dengan hakcipta itu mengikut stailnya yang asal.

Suggest a correction

(3)

Hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau mengenai filem wayang gambar termasuklah hak bagi penciptanya, dalam masa hayatnya, mengaku sebagai pencipta karya itu dan membantah terhadap

HAKCIPTA apa-apa perubahan, kecacatan atau lain-lain padanya yang mungkin menjatuhkan kehormatan atau nama baiknya:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada peruntukan peruntukan perenggan akhir di atas, seseorang pencipta yang membenarkan karyanya digunakan dalam sesuatu filem wayang gambar atau sesuatu siaran tidaklah boleh membantah terhadap pengubahsuaian yang benar-benar dikehendaki atas alasan-alasan teknikal atau bagi maksud hendak mengusaha hasilkan karya itu.

Suggest a correction

Seksyen 9

Dengan syarat bahawa hakcipta mengenai karya itu tidak h termasuk hak mengawal—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan seksyen-kecil (1) seksyen ini, jika sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan sesuatu filem wayang gambar dalam mana suatu karya muzik dimuatkan dalamnya, pemunya hak bagi menyiarkan karya muzik itu adalah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, berhak menerima pampasan yang patut daripada perkhidmatan penyiaran itu.

Suggest a correction

(3)

Jika sekiranya tiada apa-apa persetujuan atas pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen-kecil yang akhir di atas, maka banyaknya pampasan itu hendaklah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak yang dilantik di bawah seksyen 16 Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi ialah hak mutlak mengawal dalam Malaysia pengeluaran ulangan langsung atau tidak langsung kesemua atau sebahagian matan rakaman itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenali sebagai didapati daripada yang asalnya:

Dengan syarat bahawa peruntukan-peruntukan perenggan (a), (f), (g), (j), (k) dan (n) mengenai syarat bagi seksyen-kecil (1) seksyen 8 Akta ini hendaklah dipakai bagi hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi sama seperti peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau mengenai filem wayang gambar.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Hakcipta mengenai sesuatu siaran ialah hak mutlak mengawal perlakuan dalam Malaysia mana-mana perbuatan berikut, iaitu, perakaman, pengeluaran ulangan dan penyiaran ulangan kesemua atau sebahagian matan siaran itu dan juga penyampaian kepada awam, di tempat di mana bayaran masuk dikenakan, kesemua atau sebahagian matan sesuatu siaran talivisyen, sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenali sebagai didapati daripada yang asalnya:

(1)

peruntukan-peruntukan perenggan (a), (g), (j), (n) dan (q) mengenai syarat bagi seksyen-kecil (1) seksyen 8 Akta ini hendaklah dipakai bagi hakcipta mengenai siaran sama seperti peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau filem wayang gambar;

(b)

hakcipta mengenai siaran talivisyen adalah termasuk hak mengawal pengambilan gambarfoto tak bergerak siaran-siaran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Dengan syarat bahawa-

Open as pageSuggest a correction

(a)

ditempah oleh seseorang yang bukannya majikan pencipta karya itu di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, atau

Suggest a correction

(b)

dengan tidak sedemikian ditempah, dibuat dalam masa bekerja pencipta karya itu, hakcipta itu hendaklah disifatkan sebagai dipindah milik kepada orang yang telah menempah karya itu atau kepada majikan pencipta itu, tertakluk kepada apa-apa persetujuan di antara pihak-pihak yang berkenaan tentang menolak atau menghadkan pindah milik itu.

Suggest a correction

(2)

Hakcipta yang diberi menurut seksyen 7 Akta ini hendaklah terletak mula-mulanya pada Kerajaan atau mana-mana badan antarabangsa atau lain-lain pertubuhan kerajaan yang ditetapkan, dan tidak pada pencipta.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen-kecil akhir di atas—

(a)

nama pada sesuatu karya yang berupa sebagai nama penciptanya hendaklah dianggap sebagai demikian, kecuali akasnya dibuktikan;

Suggest a correction

(b)

mengenai sesuatu karya bersembunyi nama atau bernama samaran, penerbit yang dinyatakan namanya dalam karya itu sebagai demikian hendaklah disifatkan sebagai wakil yang sah di sisi undang-undang bagi pencipta sembunyi nama atau nama samaran itu, melainkan jika akasnya dibuktikan, dan penerbit itu adalah berhak menjalankan dan memelihara hak-hak kepunyaan pencipta itu di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

mengenai karya yang belum diterbitkan, jika pengenalan mengenai penciptanya tidak diketahui, akan tetapi jika ada sebab-sebab bagi menganggap yang penciptanya adalah seorang warganegara Malaysia, hakcipta yang diberi menurut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terletak pada Menteri yang bertanggungjawab bagi kebudayaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Peruntukan-peruntukan perenggan (b) dan (c) seksyen-kecil akhir di atas tidak boleh dipakai lagi apabila pencipta itu telah diketahui.

Suggest a correction

Seksyen 12A

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada masa yang dinyatakan di dalamnya suatu hakcipta telah wujud bagi karya itu;

Suggest a correction

(c)

suatu salinan karya itu yang dilampirkan padanya adalah salinan benar karya itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa pembicaraan jenayah di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta-fakta yang terkandung di dalamnya.

Suggest a correction

(2)

Jika pemunya hakcipta itu dituntut oleh suatu syarikat atau mana-mana kumpulan orang yang lain, affidavit atau akuan berkanun itu hendaklah dibuat oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi syarikat atau kumpulan orang itu.

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu pemberian hak atau pemberian berwasiat akan hakcipta boleh dihadkan untuk dipakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang pemunya hakcipta itu ada hak mutlak mengawalnya, atau bagi sebahagian tempoh hakcipta itu sahaja atau bagi sesebuah negeri atau kawasan dunia tertentu.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa pemberian hak akan hakcipta dan tiada apa-apa lesen mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh berkuatkuasa kecuali dengan bertulis.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu lesen bukan mutlak bagi melakukan sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta boleh diberi dengan bertulis atau dengan lisan, atau boleh difahamkan daripada kelakuan sebagai diberi.

Suggest a correction

(5)

Pemberian hak atau lesen yang dibenarkan oleh seorang pemunya hakcipta hendaklah berkuatkuasa seolah-olah diberi oleh pemunya-pemunya bersamanya juga, dan, tertakluk kepada kontrak antara mereka, bayaran yang diterima oleh pemberi itu hendaklah dibahagi-bahagi mengikut equiti antara kesemua pemunya bersama itu. Bagi maksud seksyen-kecil ini orang-orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya bersama—

(a)

jika mereka berkongsi mempunyai kepentingan bersama dalam kesemua atau sebahagian sesuatu hakcipta; atau

Suggest a correction

(b)

jika mereka mempunyai kepentingan dalam berbagai-bagai hakcipta dalam suatu keluaran gabungan, iaitu, suatu keluaran mengandungi dua karya atau lebih.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Sesuatu pemberian hak, lesen atau pemberian berwasiat boleh dibenarkan atau dibuat dengan berkesan mengenai sesuatu karya yang akan datang, atau sesuatu karya yang wujud yang hakcipta mengenainya belum lagi wujud, dan hakcipta yang dijangka mengenai karya itu bolehlah berpindah menurut kuasa undang-undang sebagai harta boleh dialih.

Suggest a correction

(7)

Sesuatu pemberian berwasiat akan manuskrip hendaklah, melainkan jika selainnya diperuntukkan oleh wasiat itu, disifatkan sebagai termasuk apa-apa hakcipta atau hakcipta yang dijangka mengenai karya itu yang terletakhak pada si mati.

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perlanggaran terhadap hakcipta juga berlaku apabila, dengan tiada lesen pemunya hakcipta itu, seseorang mengimpot ke dalam Malaysia bagi apa-apa kegunaan yang lain daripada kegunaan sendirian atau rumahtangganya, atau membahagi-bahagikan dalam Malaysia sebagai dagangan, sewaan atau lain-lain, atau sebagai dagangan menunjukkan kepada awam, apa-apa barang yang perlanggaran terhadap hakcipta mengenainya berlaku di bawah seksyen-kecil akhir di atas.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, perlanggaran terhadap hakcipta boleh diambil tindakan atas guaman pemunya hakcipta itu; dan dalam mana-mana tindakan kerana sesuatu perlanggaran seperti itu, segala pemulihan, sebagai ganti rosak, injanksyen, akaun atau lain-lain, hendaklah diadakan bagi pihak menuntut sebagaimana pemulihan diadakan dalam mana-mana pembicaraan yang seumpamanya mengenai perlanggaran terhadap hak kepunyaan.

Suggest a correction

(4)

Jika dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran terhadap hakcipta ada dibuktikan atau diakui—

(a)

bahawa suatu perlanggaran telah dilakukan, akan tetapi

Suggest a correction

(b)

bahawa pada masa perlanggaran itu pihak kena tuntut tidak mengetahui, dan tidak ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengsyaki, bahawa hakcipta mengenai karya yang berkaitan dengan tindakan itu telah wujud, maka pihak menuntut tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rosak terhadap pihak kena tuntut mengenai perlanggaran itu, akan tetapi ia adalah berhak mendapat suatu akaun keuntungan mengenai perlanggaran itu sama ada apa-apa pemulihan lain diberi di bawah seksyen ini atau tidak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini, suatu perlanggaran terhadap hakcipta dibuktikan atau diakui, dan mahkamah, memandang (selain daripada semua hal pertimbangan matan yang lain) kepada—

(b)

apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai terkumpul kepada pihak kena tuntut oleh sebab perlanggaran itu, berpuas hati bahawa pemulihan yang berkesan tidak boleh dapat diadakan bagi pihak menuntut dengan apa-apa jalan lain, mahkamah, pada mentaksir ganti rosak kerana perlanggaran itu, adalah berkuasa memutuskan diberi apa-apa ganti rosak tambahan di bawah kuasa seksyen-kecil ini sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah dalam hal keadaan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tiada apa-apa injanksyen kerana perlanggaran terhadap hakcipta boleh dikeluarkan dalam manamana pembicaraan menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau bangunan yang sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini—

“tindakan” termasuklah tuntutan balas, dan rujukan mengenai pihak menuntut dan mengenai pihak kena tuntut dalam sesuatu tindakan hendaklah diertikan sewajarnya;

"mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan dalam Malaysia;

"pemunya hakcipta" ertinya pemunya pertama, seorang penerima pemberian hak atau seorang pemegang lesen mutlak, mengikut mana yang berkenaan, bagi bahagian hakcipta yang berkaitan itu.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat untuk jualan atau sewaan apa-apa salinan pelanggar; atau

Suggest a correction

(b)

menjual, menyewakan atau sebagai dagangan mendedahkan atau menawar untuk jualan atau sewaan apa-apa salinan pelanggar; atau

Suggest a correction

(d)

memiliki, bagi apa-apa jua kegunaan melainkan bagi kegunaan persendirian dan rumahtangganya, apa-apa salinan pelanggar; atau

Suggest a correction

(e)

sebagai dagangan menunjukkan kepada awam apa-apa salinan pelanggar; atau

Suggest a correction

(f)

mengimport ke dalam Malaysia, bagi apa-apa jua kegunaan melainkan bagi kegunaan persendirian dan rumahtangganya, apa-apa salinan pelanggar; atau

Suggest a correction

(g)

membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar, maka orang itu adalah, melainkan jika ia membuktikan bahawa ia telah bertindak dengan suci hati dan tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi menjangka bahawa hakcipta akan atau mungkin dengan demikian itu dilanggar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, bolehlah dikenakan—

Suggest a correction

(i)

mengenai sesuatu kesalahan di bawah perenggan (a), (b), (c), (d), (e) atau (f) seksyen-kecil ini, denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap satu salinan pelanggar yang bersabit dengan kesalahan itu atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana yang kurang, atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun, atau kedua-duanya penjara dan denda; dan

(ii)

mengenai sesuatu kesalahan di bawah perenggan $(g)$ seksyen-kecil ini, denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap satu perekaan yang bersabit dengan kesalahan itu atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun atau kedua-duanya penjara dan denda.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mahkamah yang membicarakan seseorang dituduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen-kecil akhir di atas boleh pada akhir pembicaraan, sama ada pensalah yang dikatakan itu disabitkan atau tidak, memerintahkan bahawa mana-mana salinan pelanggar (dan apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan-salinan pelanggar atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar) yang ada dalam milik pensalah yang dikatakan itu atau yang ada di hadapan mahkamah hendaklah dibinasakan, diserahkan kepada pemunya pertama hakcipta yang berkenaan itu, penerima pemberian haknya, atau pemegang lesen mutlaknya, mengikut mana yang berkenaan, atau diurus dengan apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan yang diperbadankan atau oleh seorang iaitu seorang kongsi suatu firma, maka tiap-tiap orang pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan yang diperbadankan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, tiap-tiap orang kongsi firma itu yang lain hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu melainkan iika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuan atau setahunya dan bahawa ia telah menialankan segala usaha yang sepatutnva untuk mengelakkan kesalahan itu daripada dilakukan.

Suggest a correction

(4)

Jika maklumat diberi atas sumpah kepada manamana mejistret menyatakan bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengsyaki adanya dalam manamana rumah, premises, perahuan atau tempat lain apaapa salinan pelanggar (atau apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan-salinan pelanggar atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan-salinan pelanggar) yang dengannya atau berhubung dengannya apa-apa kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini telah dilakukan, mejistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana pegawai polis yang dinamakan atau dirujuk dalam waran itu boleh memasuki rumah, premises, perahuan atau tempat lain itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang dan mencari serta mengambil apa-apa salinan atau perekaan itu; dan jika sesuatu salinan atau perekaan diambil di bawah seksyen-kecil ini berhubung dengan suatu kesalahan dan—

(a)

dalam pembicaraan yang dibawa di bawah seksyen ini berhubung dengan kesalahan itu tiada apa-apa perintah dibuat di bawah seksyen-kecil (2) seksyen ini tentang salinan atau perekaan itu; atau

Suggest a correction

(b)

tiada apa-apa pembicaraan seperti itu dimulakan dalam tempoh enam bulan selepas pengambilan itu, salinan atau perekaan itu hendaklah dipulangkan kepada orang yang memilikinya pada masa ia diambil itu atau, jika sekiranya didapati tidak munasabah dan praktik memulangkannya kepada orang itu, hendaklah diselenggarakan mengikut undang-undang yang mengawal penyelenggaraan harta yang hilang atau yang tidak dituntut yang ada dalam tangan pihak berkuasa polis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, "salinan pelanggar" ertinya sesuatu barang yang sekiranya dibuat dalam Malaysia menjadi suatu perlanggaran terhadap hakcipta di bawah Akta ini, dan sekiranya dibuat di luar Malaysia akan menjadi suatu perlanggaran terhadap hakcipta di bawah Akta ini jika pembuatan barang itu berlaku dalam Malaysia.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud perenggan (d) dan (f) seksyen-kecil (1) seseorang yang ada dalam miliknya tiga atau lebih salinan pelanggar hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai memiliki atau mengimpot salinan-salinan itu bagi apa-apa jua kegunaan lain daripada bagi kegunaan persendirian dan rumahtangga.

Suggest a correction

Seksyen 15A

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu Mahkamah Sesyen, hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan mengaward hukuman penuh bagi kesalahan itu.

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan dengan tidak berpatutan memberi lesen mengenai hakcipta; atau

Suggest a correction

(b)

mengenakan tempoh-tempoh atau syarat-syarat yang tidak berpatutan atas pemberian lesen itu, pihak berkuasa yang layak itu boleh mengarahkan bahawa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan berkaitan dengan sesuatu karya yang bersabit dengan badan pelesen itu, lesen hendaklah disifatkan sebagai telah diberi oleh badan pelesen itu pada masa perbuatan itu dilakukan, dengan syarat bayaran yang berkenaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak itu dibayar atau diserahkan sebelum habis tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak itu.

Suggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini—

"pihak berkuasa yang layak" ertinya suatu pihak berkuasa mengandungi tiga orang, seorang daripada mereka Pengerusi yang dilantik dari semasa ke semasa oleh Menteri bagi maksud menjalankan bidang kuasa di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;

"badan pelesen" ertinya suatu syarikat, firma atau pertubuhan lain yang tujuan utamanya atau salah satu tujuan utamanya ialah untuk merundingkan atau memberi lesen mengenai karya-karya hakcipta, dan termasuklah seseorang yang menjalankan kegiatan yang sama.

Suggest a correction

(3)

Pengerusi pihak berkuasa yang layak itu hendak-lah seorang yang memegang, telah memegang atau layak memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi, dan ahli-ahli lain hendaklah dilantik dari antara manamana orang lain yang pada pendapat Menteri sesuai dan layak menjadi ahli:

Dengan syarat tiada seseorang pun boleh dilantik di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan juga tiada seseorang pun yang sedemikian dilantik boleh bertindak, sebagai seorang ahli pihak berkuasa yang layak, jika orang itu, kongsinya, majikannya atau mana-mana badan (sama ada berkanun atau tidak) yang ia adalah seorang ahlinya ada mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang perlu diputuskan oleh pihak berkuasa itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri, jika ia membuat perlantikan di bawah seksyen-kecil akhir di atas mengenai seseorang yang memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi, hendak-lah berbuat demikian dengan mengikut nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Suggest a correction

(5)

Jika seseorang ahli pihak berkuasa yang layak itu bukan seorang hakim atau pegawai awam—

(a)

ia hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun lain (jika ada) sebagaimana dinyatakan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; dan

Suggest a correction

(b)

ia hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian seksyen 21 Kanun Keseksaan, tetapi tidaklah boleh sebaliknya disifatkan sebagai memegang jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam semata-mata oleh sebab ia seorang ahli pihak berkuasa yang layak itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap keputusan pihak berkuasa yang layak.

Suggest a correction

(7)

Tiada apa-apa tindakan atau pembicaraan lain boleh dijalankan terhadap seseorang mengenai apa-apa perkara yang dilaku atau tidak dilakukan dengan suci hati pada menjalankan atau berkenaan dengan menjalankan tugas-tugas pihak berkuasa yang layak itu di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(8)

Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan pembicaraan di hadapan pihak berkuasa yang layak dan, dengan tidak menyentuh keluasan makna apa-apa yang tersebut di atas, boleh membuat peraturan—

(a)

menetapkan cara bagaimana sesuatu perkara boleh dirujukkan kepada pihak berkuasa yang layak;

Suggest a correction

(b)

menetapkan acara untuk dipakai oleh pihak berkuasa yang layak pada menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah Akta ini dan juga rekod-rekod untuk disenggara oleh pihak berkuasa yang layak itu;

Suggest a correction

(c)

menetapkan cara bagaimana pihak berkuasa yang layak itu, dikehendaki bersidang dan juga tempat persidangannya;

Suggest a correction

(d)

menetapkan jadual belanja-belanja dan bayaran-bayaran; dan

Suggest a correction

(e)

amnya bagi menjalankan dengan lebih baik tugas-tugas yang diberi kepada pihak berkuasa yang layak itu di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa ia adalah pemunya hakcipta karya itu; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa ia meminta Menteri, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, mensifatkan salinan-salinan karya yang bersabit dengan seksyen ini sebagai barang-barang larangan:

Dengan syarat bahawa tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu notis di bawah seksyen-kecil ini tidak boleh lebih daripada tempoh beberapa tahun yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen-kecil (4) dan walau bagaimana pun tidak boleh lebih daripada akhir tempoh selama bila hakcipta itu dikehendaki wujud.

Suggest a correction

(2)

Seksyen ini adalah dipakai bagi mana-mana salinan sesuatu karya yang dibuat di luar Malaysia iaitu jika sekiranya dibuat dalam Malaysia, karya itu mungkin telah melanggar hakcipta mengenai karya itu; dan bagi maksud seksyen ini salinan-salinan itu hendak-lah dirujuk sebagai "salinan pelanggar".

Suggest a correction

(3)

Jika suatu notis telah diberi di bawah seksyen ini mengenai sesuatu karya dan tidak ditarik balik, pengimpotan apa-apa salinan pelanggar ke dalam Malaysia pada sesuatu masa sebelum akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini yang berikut, dilarang:

Dengan syarat bahawa seksyen-kecil ini tidak boleh dipakai bagi pengimpotan apa-apa barang oleh seseorang untuk kegunaan sendirian atau rumahtangganya.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan menetapkan borang dalam mana notis-notis dikehendaki diberi di bawah seksyen ini dan menghendaki seseorang yang memberi notis itu memberi apa-apa keterangan dan mematuhi apa-apa syarat lain (jika ada) yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu, sama ada pada masa memberi notis itu atau pada masa salinan pelanggar itu diimpot, atau pada kedua-dua masa tersebut.

Suggest a correction

(5)

Dengan tiada menyentuh keluasan makna seksyen-kecil (4), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen-kecil itu boleh termasuk peruntukan-peruntukan bagi menghendaki seseorang yang telah memberi suatu notis di bawah seksyen-kecil (1)—

(a)

memberi kepada Ketua Pengarah Kastam dan Eksais apa-apa cagaran yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu mengenai apa-apa tanggungan atau belanja yang mungkin dilakukannya akibat menahan salinan pelanggar pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau akibat apa-apa perkara yang dilakukan berkenaan dengan sesuatu salinan yang ditahan itu;

Suggest a correction

(b)

sentiasa mengganti rugi Ketua Pengarah terhadap mana-mana tanggungan atau belanja itu sebagaimana tersebut dalam perenggan (a), sama ada apa-apa cagaran itu diberi atau tidak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Salinan pelanggar boleh dirampas seolah-olah salinan itu barang larangan di bawah undang-undang berhubung dengan kastam.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini, "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Kastam dan Eksais.

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu lesen boleh diberi atas permohonan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) mengenai sesuatu karya hanya jika—

(a)

terjemahan bagi karya itu dalam Bahasa Kebangsaan belum lagi diterbitkan oleh pemunya hakcipta mengenai karya itu (atau oleh sesiapa jua yang diberi kuasa olehnya) dalam masa tujuh tahun selepas penerbitan pertama karya itu, atau jika terjemahan bagi karya itu telah diterbitkan, terjemahan baginya sudah habis dijual; dan

Suggest a correction

(b)

pemohon telah meminta tetapi tidak diberi kebenaran oleh pemunya hak itu bagi mengeluar dan menerbitkan terjemahan itu atau, selepas menjalankan usaha yang sepatutnya, tidak dapat mencari pemunya tersebut; dan

Suggest a correction

(c)

pemohon, jika ia tidak dapat mencari pemunya hak terjemahan itu, telah tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonannya menghantar kepada penerbit yang namanya terpadat pada karya itu satu salinan permintaan untuk mendapat kebenaran membuat terjemahannya; dan

Suggest a correction

(d)

pemohon, jika kerakyatan pemunya hak terjemahan itu diketahui, telah menghantar satu salinan permintaannya untuk mendapat terjemahan itu kepada wakil diplomat atau konsol bagi Negeri yang mana pemunya itu adalah seorang rakyatnya, atau kepada pertubuhan yang mungkin telah ditentukan oleh kerajaan negara itu; dan

Suggest a correction

(e)

pihak berkuasa yang layak itu berpuas hati bahawa—

Suggest a correction

(i)

pemohon itu berupaya mengeluar dan menerbitkan terjemahan yang betul bagi karya itu dan berkemampuan membayar royalti yang kena dibayar di bawah seksyen ini kepada pemunya hak terjemahan itu; dan

(ii)

pemohon menyanggup supaya tajuk asal dan nama pencipta karya itu dicetak pada semua salinan terjemahan yang diterbitkan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

pencipta karya itu telah tidak menarik balik karya itu daripada peredaran; dan

Suggest a correction

(g)

peluang untuk didengar mula-mulanya diberi, jika praktik, kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Jika hakcipta mengenai apa-apa karya terletak pada Kerajaan, ketua-ketua bagi Kementerian-kementerian atau Jabatan-jabatan yang bersabit dengan hakcipta itu hendaklah bertanggungjawab bagi mentadbir dan mengawal hakcipta itu bagi pihak Kerajaan:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh membenarkan Pengarah Arkib Negara mentadbir dan mengawal hakcipta itu bagi pihak Kerajaan.

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan menetapkan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan boleh membuat peraturan-peraturan memperluas pemakaian Akta ini mengenai mana-mana atau semua karya yang dirujuk dalam seksyen-kecil (1) seksyen 4 Akta ini—

(a)

bagi tiap-tiap orang warganegara atau orangorang yang tinggal tetap dalam,

Suggest a correction

(b)

bagi pertubuhan-pertubuhan yang diperbadankan yang didiri dan ditubuhkan dalam atau di bawah undang-undang,

Suggest a correction

(c)

bagi karya-karya, lain daripada rakaman-rakaman bunyi dan siaran-siaran, yang diterbitkan pertama kali dalam,

Suggest a correction

(d)

bagi karya-karya senibina yang dibina dalam, dan bagi karya-karya seni lain yang dimasukkan dalam sesebuah bangunan yang terletak dalam,

Suggest a correction

(f)

siaran-siaran yang dipancarkan dari, sesuatu negeri yang menjadi suatu pihak dalam sesuatu teriti atau suatu anggota dalam sesuatu konvensyen atau kesatuan yang Malaysia juga adalah menjadi suatu pihak atau suatu anggotanya, mengikut mana yang berkenaan, dan teriti, konvensyen atau kesatuan itu mengadakan perlindungan bagi hakcipta mengenai karya-karya yang diperlindungi di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Selepas sahaja Akta ini mula berkuatkuasa, tiaptiap kontrak yang pada hakikatnya dibuat untuk memperlesen pelakuan sesuatu perbuatan mengenai hakcipta yang tidak dikawal oleh hakcipta di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah, jika dibuat sebelum Akta ini mula berkuatkuasa, ditamatkan dan tidaklah berkutkuasa lagi, dan hendaklah, jika dibuat selepas Akta ini mula berkuatkuasa, terbatal dan tidak sah.

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Malaysia (atau sesiapa jua yang mendapat hak daripada Kerajaan) bagi menjual, menggunakan atau, dengan cara lain, membuat apa-apa

HAKCIPTA urusan mengenai barang-barang yang dirampas di bawah undang-undang berkenaan dengan kastam, termasuk barang-barang yang dirampas menurut kuasa Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemansuhan-pemansuhan yang dikuatkuasakan oleh seksyen-kecil (1) termasuklah pembatalan—

(a)

apa-apa Perintah dalam Majlis Mesyuarat memakai mana-mana satu Akta yang dimansuhkan oleh seksyen-kecil itu bagi mana-mana wilayah yang terkandung dalam Malaysia apabila Akta ini mula berkuatkuasa; dan

Suggest a correction

(b)

semua perundangan kecil yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan itu.

1911 b.46 ... Akta Hakcipta 1911.

1956 b.74 .. Akta Hakcipta 1956.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 73 ... Enakmen Hakcipta.

Bab

Bab 74 ... Enakmen Hakcipta Taligeram.

NEGERI-NEGERI SELAT

Bab

Bab 160 ... Ordinan Hakcipta.

Bab

Bab 161 ... Ordinan Hakcipta Taligeram.

Akta 10

Suggest a correction

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang memindaTajuk ringkasMula berkuatkuasaP.U.(B)324/70Ordinan Gelaran Nama Jawatan 1949—Pemberitahu1-1-1971AktaA306...AktaHakcipta(Pindaan)197530-5-1975AktaA327...AktaKanunKesiksaan(Pindaan dan Perluasan)197631-3-1976AktaA461...AktaHakcipta(Pindaan)197924-8-1979Akta92...AktaMahkamahRendah19481-1-1949;1-6-1981P.U.(A)357/80PerintahAktaMahkamahRendah(Perluasan)19801-6-1981

Common questions

What is COPYRIGHT ACT 1969?
AKTA HAKCIPTA 1969 is Malaysia Act, cited as Act 10 1969, currently marked repealed and first recorded in 1969.
Is COPYRIGHT ACT 1969 still in force?
No — COPYRIGHT ACT 1969 has been repealed.
When did COPYRIGHT ACT 1969 take effect?
COPYRIGHT ACT 1969 was first recorded in 1969.
How many sections does COPYRIGHT ACT 1969 have?
COPYRIGHT ACT 1969 contains 25 sections.
Where can I read the official version of COPYRIGHT ACT 1969?
The official text of COPYRIGHT ACT 1969 is published at lom.agc.gov.my.