Malaysia legislation

Section 8

of AKTA HAKCIPTA 1969

Seksyen 8

(a)

perlakuan mana-mana perbuatan tersebut di atas sebagai urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan, penggunaan sendirian, kritikan atau ulangkaji, atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, maka penggunaan itu hendaklah disertai dengan pengakuan akan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara bersampingan dalam sesuatu siaran;

(b)

perlakuan mana-mana perbuatan tersebut di atas sebagai parodi, pastiche, atau karikatur;

(c)

pemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(d)

pengeluaran ulangan dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(e)

pemasukan secara bersampingan sesuatu karya seni dalam sesuatu filem atau siaran;

(f)

pemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, penyampaian kepada awam, kumpulan karya sastera atau muzik, rakaman bunyi, atau filem jika pemasukan itu dibuat sebagai gambaran bagi maksud mengajar dan bersesuaian pula dengan amalan yang wajar dan dengan syarat bahawa puncanya hendaklah disebut dan juga nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu;

(g)

perakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau yayasan pelajaran mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau yayasan pelajaran itu;

(h)

pembuatan rakaman bunyi mengenai karya sastera atau muzik, serta pengeluaran ulangan rakaman bunyi itu oleh pembuat tersebut atau dengan mendapat lesen daripadanya, dengan syarat bahawa salinan-salinannya adalah dimaksudkan untuk jualan runcit dalam Malaysia dan bahawa karya itu sudah pun dahulunya dirakamkan dengan mendapat lesen daripada pemunya hakcipta bagi bahagian yang berkaitan itu, sama ada dalam Malaysia atau di luar negeri, tertakluk kepada apa-apa syarat dan kepada pembayaran apa-apa pampasan yang ditetapkan oleh Menteri;

(i)

pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang berpatutan dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan pengakuan yang cukup;

(j)

apa-apa kegunaan yang dilakukan atas sesuatu karya, dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh mana-mana perpustakaan awam dan yayasan pelajaran dan ilmiah yang ditetapkan oleh Arkib Negara atau Arkib Negeri bagi mana-mana Negeri dalam Malaysia, di mana kegunaan itu adalah untuk kepentingan awam, bersesuaian dengan amalan yang wajar serta peruntukan peraturan-peraturan, jika ada, tiada apa-apa keuntungan didapati daripadanya dan tiada apa-apa bayaran masuk dikenakan bagi menyampaikan, kalaulah ada disampaikan, karya yang digunakan itu kepada awam;

(k)

pengeluaran ulangan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan sesuatu perkhidmatan penyiaran jika pengeluaran ulangan itu atau mana-mana salinannya dimaksudkan semata-mata untuk siaran yang sah dan pengeluaran ulangan atau salinansalinannya itu dibinasakan sebelum akhir tempoh enam bulan kalendar selepas daripada pengeluaran ulangan itu dibuat atau selepas sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui di antara perkhidmatan penyiaran dengan pemunya hakcipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa keluaran ulangan sesuatu karya yang dibuat di bawah perenggan ini boleh, jika keluaran ulangan itu dari jenis suratan yang terkecuali, disimpan dalam arkib perkhidmatan penyiaran itu, yang mana dengan ini dinamakan arkib rasmi bagi maksud itu, tetapi dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, keluaran ulangan itu tidak boleh digunakan untuk penyiaran atau bagi apa-apa maksud lain dengan tiada persetujuan pemunya hakcipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu;

(l)

penyiaran sesuatu karya yang sudah diterbitkan, yang tidak bersabit dengan badan pelesen yang dirujuk di bawah seksyen 16 Akta ini, tertakluk kepada syarat bahawa, dengan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen ini, pemunya hak penyiaran mengenai karya itu mendapat suatu pampasan yang patut yang ditetapkan, sekiranya tiada apa-apa perjanjian, oleh pihak berkuasa yang layak yang dilantik di bawah seksyen 16 Akta ini;

(m)

penyampaian sesuatu karya kepada awam di tempat di mana tiada apa-apa bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian itu oleh manamana kelab yang tidak bertujuan mendapat keuntungan;

(n)

apa-apa kegunaan yang dilakukan atas sesuatu karya bagi maksud pembicaraan kehakiman atau apa-apa laporan mengenai pembicaraan itu;

(o)

petikan-petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan-petikan itu bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan dengan maksudnya, termasuk petikan-petikan dari makalah-makalah akhbar dan berkala dalam bentuk ringkasan akhbar, dengan syarat bahawa punca petikan-petikan itu hendaklah disebut dan juga nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu;

(p)

pengeluaran ulangan oleh akhbar dan pemasukan dalam sesuatu siaran atau sesuatu penyampaian kepada awam akan makalah-makalah yang sudah diterbitkan dalam akhbar-akhbar atau berkala-kala mengenai hal perkara ekonomi, politik atau ugama pada masa itu, jika pengeluaran ulangan atau pemasukan itu tidak dipertahan dengan nyatanya dan dengan syarat bahawa punca makalah-makalah itu dinyatakan dengan jelas;

(q)

pengeluaran ulangan oleh akhbar, penyiaran dan penyampaian kepada awam akan syarahansyarahan, ucapan dan karya-karya lain darijenis yang sama yang disampaikan kepadaawam, jika penggunaan seperti itu berpatutanbagi maksud permakluman, dan tidak dipertahan dengan nyatanya.

(2)

Hakcipta mengenai sesuatu karya senibina adalah juga termasuk hak mutlak mengawal pembinaan apa-apa bangunan yang mengeluar-ulang kesemua atau sebahagian matan karya itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil dari yang asalnya:

Dengan syarat bahawa hakcipta mengenai manamana karya itu tidak termasuk hak mengawal pembinaan semula sesebuah bangunan yang berkenaan dengan hakcipta itu mengikut stailnya yang asal.

(3)

Hakcipta mengenai karya sastera, muzik atau seni atau mengenai filem wayang gambar termasuklah hak bagi penciptanya, dalam masa hayatnya, mengaku sebagai pencipta karya itu dan membantah terhadap

HAKCIPTA apa-apa perubahan, kecacatan atau lain-lain padanya yang mungkin menjatuhkan kehormatan atau nama baiknya:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada peruntukan peruntukan perenggan akhir di atas, seseorang pencipta yang membenarkan karyanya digunakan dalam sesuatu filem wayang gambar atau sesuatu siaran tidaklah boleh membantah terhadap pengubahsuaian yang benar-benar dikehendaki atas alasan-alasan teknikal atau bagi maksud hendak mengusaha hasilkan karya itu.