Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
enggan dengan tidak berpatutan memberi lesen mengenai hakcipta; atau
(b)
mengenakan tempoh-tempoh atau syarat-syarat yang tidak berpatutan atas pemberian lesen itu, pihak berkuasa yang layak itu boleh mengarahkan bahawa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan berkaitan dengan sesuatu karya yang bersabit dengan badan pelesen itu, lesen hendaklah disifatkan sebagai telah diberi oleh badan pelesen itu pada masa perbuatan itu dilakukan, dengan syarat bayaran yang berkenaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak itu dibayar atau diserahkan sebelum habis tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak itu.
(2)
Dalam seksyen ini—
"pihak berkuasa yang layak" ertinya suatu pihak berkuasa mengandungi tiga orang, seorang daripada mereka Pengerusi yang dilantik dari semasa ke semasa oleh Menteri bagi maksud menjalankan bidang kuasa di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;
"badan pelesen" ertinya suatu syarikat, firma atau pertubuhan lain yang tujuan utamanya atau salah satu tujuan utamanya ialah untuk merundingkan atau memberi lesen mengenai karya-karya hakcipta, dan termasuklah seseorang yang menjalankan kegiatan yang sama.
(3)
Pengerusi pihak berkuasa yang layak itu hendak-lah seorang yang memegang, telah memegang atau layak memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi, dan ahli-ahli lain hendaklah dilantik dari antara manamana orang lain yang pada pendapat Menteri sesuai dan layak menjadi ahli:
Dengan syarat tiada seseorang pun boleh dilantik di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan juga tiada seseorang pun yang sedemikian dilantik boleh bertindak, sebagai seorang ahli pihak berkuasa yang layak, jika orang itu, kongsinya, majikannya atau mana-mana badan (sama ada berkanun atau tidak) yang ia adalah seorang ahlinya ada mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang perlu diputuskan oleh pihak berkuasa itu.
(4)
Menteri, jika ia membuat perlantikan di bawah seksyen-kecil akhir di atas mengenai seseorang yang memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi, hendak-lah berbuat demikian dengan mengikut nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
(5)
Jika seseorang ahli pihak berkuasa yang layak itu bukan seorang hakim atau pegawai awam—
(a)
ia hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun lain (jika ada) sebagaimana dinyatakan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; dan
(b)
ia hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian seksyen 21 Kanun Keseksaan, tetapi tidaklah boleh sebaliknya disifatkan sebagai memegang jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam semata-mata oleh sebab ia seorang ahli pihak berkuasa yang layak itu.
(6)
Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap keputusan pihak berkuasa yang layak.
(7)
Tiada apa-apa tindakan atau pembicaraan lain boleh dijalankan terhadap seseorang mengenai apa-apa perkara yang dilaku atau tidak dilakukan dengan suci hati pada menjalankan atau berkenaan dengan menjalankan tugas-tugas pihak berkuasa yang layak itu di bawah Akta ini.
(8)
Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan pembicaraan di hadapan pihak berkuasa yang layak dan, dengan tidak menyentuh keluasan makna apa-apa yang tersebut di atas, boleh membuat peraturan—
(a)
menetapkan cara bagaimana sesuatu perkara boleh dirujukkan kepada pihak berkuasa yang layak;
(b)
menetapkan acara untuk dipakai oleh pihak berkuasa yang layak pada menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah Akta ini dan juga rekod-rekod untuk disenggara oleh pihak berkuasa yang layak itu;
(c)
menetapkan cara bagaimana pihak berkuasa yang layak itu, dikehendaki bersidang dan juga tempat persidangannya;
(d)
menetapkan jadual belanja-belanja dan bayaran-bayaran; dan
(e)
amnya bagi menjalankan dengan lebih baik tugas-tugas yang diberi kepada pihak berkuasa yang layak itu di bawah Akta ini.