Skip to content
RepealedUpdatedRead it in English

4. Section 4

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini karya-karya yang berikut adalah layak mendapat hakcipta—

(a)

karya sastera;

(b)

karya muzik;

(c)

karya seni;

(d)

filem wayang gambar;

(e)

rakaman bunyi;

(f)

siaran.

(2)

Karya sastera, muzik atau seni tidak layak mendapat hakcipta melainkan—

(a)

usaha-usaha telah dijalankan dengan cukupnya bagi membuat karya itu hingga merupakan suatu watak asal; dan

(b)

karya itu telah dituliskan, dirakam atau dijadikan bentuk bahan.

(3)

Sesuatu karya tidak hilang kelayakan mendapat hakcipta semata-mata oleh sebab pembuatan karya itu, atau perlakuan apa-apa perbuatan mengenai karya itu telah melibatkan perlanggaran terhadap hakcipta mengenai sesuatu karya lain.

Report

Bab

Bab 73... Enakmen Hakcipta.

Bab

Bab 74... Enakmen Hakcipta Taligeram.

Bab

Bab 160... Ordinan Hakcipta.

Bab

Bab 161... Ordinan Hakcipta Taligeram.