Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Dengan syarat bahawa-
(a)
ditempah oleh seseorang yang bukannya majikan pencipta karya itu di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, atau
(b)
dengan tidak sedemikian ditempah, dibuat dalam masa bekerja pencipta karya itu, hakcipta itu hendaklah disifatkan sebagai dipindah milik kepada orang yang telah menempah karya itu atau kepada majikan pencipta itu, tertakluk kepada apa-apa persetujuan di antara pihak-pihak yang berkenaan tentang menolak atau menghadkan pindah milik itu.
(2)
Hakcipta yang diberi menurut seksyen 7 Akta ini hendaklah terletak mula-mulanya pada Kerajaan atau mana-mana badan antarabangsa atau lain-lain pertubuhan kerajaan yang ditetapkan, dan tidak pada pencipta.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan seksyen-kecil akhir di atas—
(a)
nama pada sesuatu karya yang berupa sebagai nama penciptanya hendaklah dianggap sebagai demikian, kecuali akasnya dibuktikan;
(b)
mengenai sesuatu karya bersembunyi nama atau bernama samaran, penerbit yang dinyatakan namanya dalam karya itu sebagai demikian hendaklah disifatkan sebagai wakil yang sah di sisi undang-undang bagi pencipta sembunyi nama atau nama samaran itu, melainkan jika akasnya dibuktikan, dan penerbit itu adalah berhak menjalankan dan memelihara hak-hak kepunyaan pencipta itu di bawah Akta ini;
(c)
mengenai karya yang belum diterbitkan, jika pengenalan mengenai penciptanya tidak diketahui, akan tetapi jika ada sebab-sebab bagi menganggap yang penciptanya adalah seorang warganegara Malaysia, hakcipta yang diberi menurut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terletak pada Menteri yang bertanggungjawab bagi kebudayaan.
(4)
Peruntukan-peruntukan perenggan (b) dan (c) seksyen-kecil akhir di atas tidak boleh dipakai lagi apabila pencipta itu telah diketahui.