Malaysia legislation

Section 2

of AKTA HAKCIPTA 1969

Seksyen 2

(a)

berkenaan dengan sesuatu karya sastera, naskah karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya sastera itu ditukar menjadi karya drama;

(b)

berkenaan dengan sesuatu karya drama, naskah karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya drama itu ditukar menjadi karya sastera;

(c)

berkenaan dengan sesuatu karya sastera atau karya drama—

(i)

terjemahan bagi karya itu;

(ii)

naskah karya itu dalam mana cerita atau gerak-geri disampaikan kesemua atau sebahagian besarnya melalui gambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk keluaran ulangan dalam buku, akhbar, majalah atau berkala yang seumpamanya;

(d)

berkenaan dengan sesuatu karya muzik, susunan atau tulisan karya itu;

"karya seni" ertinya, dengan tidak mengira mutu seni, mana-mana yang berikut, atau karya-karya yang seumpamanya—

(i)

lukisan-cat, lukisan, etching, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan;

(ii)

peta, pelan, carta dan rajah;

(iii)

karya semiukir;

(iv)

gambarfoto yang tidak terkandung dalam filem wayang gambar;

(v)

karya senibina dalam bentuk bangunan atau model; dan

(vi)

karya pertukangan seni, termasuk tenunan halus bergambar dan barang-barang pertukangan tangan dan seni perusahaan;

"pencipta" ertinya, mengenai sesuatu filem wayang gambar atau, rakaman bunyi, orang yang menguruskan pembuatan filem atau rakaman itu, atau, mengenai sesuatu siaran yang dipancar dari dalam mana-mana negeri, orang yang menguruskan pemancaran itu dari dalam negeri itu; dan mengenai apa-apa lain, orang yang dirujuk dalam seksyen 12 Akta ini;

"siaran" ertinya siaran radio dan/atau talivisyen melalui taligraf wayarles atau wayar atau kedua-duanya dan termasuk siaran ulangan, dan "penyiaran" hendaklah diertikan sewajarnya;

"perkhidmatan penyiaran" ertinya mana-mana perkhidmatan siaran radio dan/atau talivisyen yang dikendali di bawah arahan dan kawalan am Kerajaan atau yang diberi lesen oleh Kerajaan di mana-mana bahagian Malaysia;

"bangunan" termasuklah apa-apa binaan;

"filem wayang gambar" ertinya penetapan pertama apa-apa siri benda pandangan pada bahan-bahan dari apa-apa jenis (sama ada lutcahaya atau tidak) supaya boleh, dengan menggunakan bahan itu—

(a)

ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau

(b)

dirakamkan pada bahan-bahan lain (sama ada lutcahaya atau tidak) supaya dengan menggunakan bahan itu ia boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi-bunyi yang terkandung dalam apa-apa alur-bunyi berkaitan dengan filem wayang gambar;

"warganegara" termasuklah seseorang, yang sekiranya masih hidup pada hari yang berkaitan, mungkin layak menjadi warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan; dan "hari berkaitan", mengenai Malaysia Barat, ertinya Hari Merdeka dan, mengenai Malaysia Timur, Hari Malaysia;

“penyampaian kepada awam” termasuklah, selain daripada apa-apa pertunjukan atau penghantaran cara langsung, apa-apa cara persembahan pandangan atau bunyian, tetapi tidak termasuk sesuatu siaran atau siaran ulangan, dan “menyampaikan kepada awam” hendaklah diertikan sewajarnya;

"salinan" ertinya keluaran ulangan sesuatu karya dalam bentuk bertulis, dalam bentuk rakaman atau bentuk filem wayang gambar, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;

"hakcipta" ertinya hakcipta di bawah Akta ini;

"yayasan pelajaran" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah peruntukan-peruntukan Akta Pelajaran 1961;

"hakcipta yang akan datang" ertinya hakcipta yang akan atau mungkin wujud mengenai apa-apa karya atau kelas karya atau hal perkara lain pada masa yang akan datang, atau apabila mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuatkuasa, atau dalam sesuatu peristiwa yang akan datang;

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan bagi sesebuah Negeri dalam Malaysia, mengikut mana yang berkenaan;

"lesen" ertinya lesen yang diberi dengan sahnya membenarkan pelakuan sesuatu perbuatan yang dikawal oleh hakcipta;

"karya sastera" ertinya, dengan tidak mengira mutu sastera, mana-mana yang berikut, atau karya-karya yang seumpamanya:

(a)

novel, cerita dan karya syair;

(b)

lakunan, arahan-arahan pentas,lakunan filem dan skrip siaran;

(c)

buku teks, buku ilmiah, sejarah, riwayat hidup, karangan dan makalah;

(d)

ensi1-1opedia, kamus dan karya rujukan lain;

(e)

surat, laporan dan memorandam;

(f)

syarahan, ucapan dan khutbah, tetapi tidak termasuk teks rasmi dari jenis perundangan, pentadbiran dan undang-undang atau terjemahan rasmi teks itu;

"manuskrip" berkenaan dengan sesuatu karya, ertinya suratan asal mengandungi karya itu, sama ada ditulis dengan tangan atau tidak;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan perindustrian;

"karya muzik" ertinya mana-mana karya muzik, dengan tidak mengira mutu muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk disertai dengan muzik;

"gambarfoto" ertinya apa-apa keluaran gambarfoto atau dari apa-apa proses yang seakan-akan sama dengan gambarfoto (kecuali sebahagian filem wayang gambar);

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

"siaran ulangan" ertinya siaran serentak atau siaran kemudian oleh satu perkhidmatan penyiaran akan siaran suatu perkhidmatan penyiaran lain, sama ada terletak dalam Malaysia atau di luar negeri, dan termasuklah penyibaran siaran itu melalui wayar, dan "penyiaran ulangan" hendaklah diertikan sewajarnya;

“keluaran ulangan” ertinya pembuatan satu salinan atau lebih dan termasuklah, mengenai sesuatu karya seni, naskah yang dikeluarkan dengan menukar karya itu kepada suatu bentuk tiga-dimensa atau, jika karya itu dalam bentuk tiga dimensa, dengan menukarkannya kepada bentuk dua-dimensa, dan rujukan mengenai “mengeluar-ulang” sesuatu karya hendaklah diertikan sewajarnya;

"rakaman bunyi" ertinya penetapan pertama sesuatu siri bunyi yang boleh didengar secara langsung dan dikeluar-ulang, tetapi tidak termasuk sesuatu alur-bunyi berkaitan dengan filem wayang gambar;

"karya" termasuklah terjemahan, penyesuaian, naskah baru atau susunan karya yang wujud, dan antoloji atau kumpulan karya yang, oleh kerana pemilihan dan penyusunan tentang isinya, merupakan suatu watak asal;

"karya penciptaan bersama" ertinya karya yang dikeluarkan dengan kerjasama dua orang pencipta atau lebih, dalam mana sumbangan tiap-tiap seorang pencipta itu tidak terpisah daripada sumbangan pencipta atau pencipta-pencipta yang lain itu.

(2)

Bagi maksud Akta ini, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah dipakai mengenai terbitan—

(a)

sesuatu karya hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan jika satu atau beberapa salinannya telah diadakan dengan persetujuan penciptanya secara yang cukup untuk memenuhi kehendak-kehendak awam, yang berpatutan;

(b)

jika pada mula-mulanya hanya sebahagian daripada sesuatu karya sahaja diterbitkan, maka bahagian itu hendaklah bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu karya berasingan;

(c)

sesuatu terbitan dalam mana-mana negeri tidak boleh disifatkan sebagai suatu terbitan yang lain daripada terbitan pertama semata-mata oleh sebab adanya suatu terbitan yang lebih awal di sesuatu tempat lain, jika kedua-dua buah terbitan itu diterbitkan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh hari.