Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
bahawa ia adalah pemunya hakcipta karya itu; dan
(b)
bahawa ia meminta Menteri, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, mensifatkan salinan-salinan karya yang bersabit dengan seksyen ini sebagai barang-barang larangan:
Dengan syarat bahawa tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu notis di bawah seksyen-kecil ini tidak boleh lebih daripada tempoh beberapa tahun yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen-kecil (4) dan walau bagaimana pun tidak boleh lebih daripada akhir tempoh selama bila hakcipta itu dikehendaki wujud.
(2)
Seksyen ini adalah dipakai bagi mana-mana salinan sesuatu karya yang dibuat di luar Malaysia iaitu jika sekiranya dibuat dalam Malaysia, karya itu mungkin telah melanggar hakcipta mengenai karya itu; dan bagi maksud seksyen ini salinan-salinan itu hendak-lah dirujuk sebagai "salinan pelanggar".
(3)
Jika suatu notis telah diberi di bawah seksyen ini mengenai sesuatu karya dan tidak ditarik balik, pengimpotan apa-apa salinan pelanggar ke dalam Malaysia pada sesuatu masa sebelum akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini yang berikut, dilarang:
Dengan syarat bahawa seksyen-kecil ini tidak boleh dipakai bagi pengimpotan apa-apa barang oleh seseorang untuk kegunaan sendirian atau rumahtangganya.
(4)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan menetapkan borang dalam mana notis-notis dikehendaki diberi di bawah seksyen ini dan menghendaki seseorang yang memberi notis itu memberi apa-apa keterangan dan mematuhi apa-apa syarat lain (jika ada) yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu, sama ada pada masa memberi notis itu atau pada masa salinan pelanggar itu diimpot, atau pada kedua-dua masa tersebut.
(5)
Dengan tiada menyentuh keluasan makna seksyen-kecil (4), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen-kecil itu boleh termasuk peruntukan-peruntukan bagi menghendaki seseorang yang telah memberi suatu notis di bawah seksyen-kecil (1)—
(a)
memberi kepada Ketua Pengarah Kastam dan Eksais apa-apa cagaran yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu mengenai apa-apa tanggungan atau belanja yang mungkin dilakukannya akibat menahan salinan pelanggar pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau akibat apa-apa perkara yang dilakukan berkenaan dengan sesuatu salinan yang ditahan itu;
(b)
sentiasa mengganti rugi Ketua Pengarah terhadap mana-mana tanggungan atau belanja itu sebagaimana tersebut dalam perenggan (a), sama ada apa-apa cagaran itu diberi atau tidak.
(6)
Salinan pelanggar boleh dirampas seolah-olah salinan itu barang larangan di bawah undang-undang berhubung dengan kastam.
(7)
Dalam seksyen ini, "Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Kastam dan Eksais.