Skip to content

Seksyen 12A

of Akta Hakcipta 1969

ActRepealedProvision 13 of 25

Seksyen 12A

(1)

Suatu affidavit atau akuan berkanun yang dibuat di hadapan seseorang yang mempunyai kuasa untuk mentadbirkan sumpah oleh seseorang yang menuntut sebagai pemunya hakcipta itu dalam apa-apa karya yang layak bagi hakcipta di bawah Akta ini menyatakan bahawa—

(a)

pada masa yang dinyatakan di dalamnya suatu hakcipta telah wujud bagi karya itu;

(b)

ia adalah pemunya hakcipta itu; dan

(c)

suatu salinan karya itu yang dilampirkan padanya adalah salinan benar karya itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa pembicaraan jenayah di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta-fakta yang terkandung di dalamnya.

(2)

Jika pemunya hakcipta itu dituntut oleh suatu syarikat atau mana-mana kumpulan orang yang lain, affidavit atau akuan berkanun itu hendaklah dibuat oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi syarikat atau kumpulan orang itu.