Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
11. Daftar Pergigian Malaysia
Feedback & supportPendaftar hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan dalam bentuk yang ditetapkan suatu daftar pengamal pergigian bernama Daftar Pergigian Malaysia yang hendaklah mengandungi butiran sebagaimana yang ditetapkan.
Pendaftar adalah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penyimpanan Daftar itu mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Pergigian 17
Daftar itu hendaklah disimpan dalam dua Bahagian seperti yang berikut:
Bahagian I ialah yang berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai doktor pergigian; dan
Bahagian II ialah yang berkenaan dengan orang yang didaftarkan sebagai dentis.
Daftar itu hendaklah disifatkan sebagai suatu suratan awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56].