Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Pergigian: Amalan Pergigian
31. Pemeriksaan premis yang digunakan bagi amalan pergigian
Feedback & supportMaka adalah sah bagi—
Ketua Pengarah;
Pengarah;
pegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan dalam mana-mana Negeri; atau
mana-mana pihak berkuasa kesihatan awam yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud seksyen ini, melantik pemeriksa bagi maksud Akta ini dan memberi kuasa kepada pemeriksa itu, dengan bertulis—
untuk memasuki dan memeriksa pada bila-bila masa mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau yang berkenaan dengannya ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia sedang digunakan untuk menjalankan amalan pergigian;
dan
untuk menyiasat dan membuat laporan kepada orang atau pihak berkuasa yang telah melantik mereka mengenai keadaan yang dalamnya amalan pergigian sedang atau dicadangkan hendak dijalankan.
Seseorang pemeriksa yang dilantik itu hendaklah menunjukkan surat kuasa bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1) jika diminta oleh sesiapa, tatkala memasuki atau memeriksa mana-mana premis.
Laporan yang dibuat oleh seseorang pemeriksa di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah menjadi kewajipan pihak berkuasa yang telah melantik pemeriksa itu menghantar laporan itu kepada Majlis tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh pemeriksaan itu.
Pergigian 33
Tiada apa-apa pemeriksaan di bawah Akta ini boleh dijalankan di premis mana-mana doktor pergigian, kecuali dengan kuasa bertulis yang tertentu daripada Yang Dipertua.
Premis yang digunakan bagi amalan pergigian oleh seseorang dentis berdaftar hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun dan tiada apa-apa perakuan amalan tahunan boleh dikeluarkan kepada seseorang dentis berdaftar melainkan jika suatu laporan dalam borang yang ditetapkan telah diterima oleh Pendaftar dalam masa dua belas bulan yang lalu yang menyatakan maksud bahawa premis dan keadaan amalan dentis berdaftar itu adalah memuaskan hati.
Sesiapa yang dengan sengaja menghalang seseorang pegawai pemeriksa yang diberi kuasa dengan sewajarnya memasuki dan memeriksa premis adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.